|
Penerbit Fadzil Teh menempelak sikap pelakon atau artis yang dianggap tamak dalam mengaut tawaran berlakon sehingga menyusahkan pihak produksi dan pelakon lain.
Fadzil berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh pihak stesen televisyen yang memilih pelakon utama bagi membintangi sesebuah drama. "Pihak TV kena tengok masalah artis utama yang diberi tanggungjawab. Sebelum penggambaran semua okay, apabila sudah mulakan penggambaran jadual lintang pukang dan ke sana ke sini. "Mereka yang menjadi mangsa, artis lain yang watak pembantu dan kru produksi. Penggambaran dan bajet bertambah. Orang TV bukan nak ambik tahu. Mereka tahu material masuk (siap). Namun, nak buat macam mana isu ini sudah berlarutan lama," katanya.
Menurut Fadzil, artis atau pelakon utama yang sering menjadi pilihan stesen TV perlu ubah sikap menjadi individu yang lebih bertanggungjawab.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.187131 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.