Pernahkah anda membeli minuman berkarbonat atau bergas yang dipek sama ada dalam botol kaca mahupun plastik? Jika YA, pasti anda akan mendapati kedua-dua bekas minuman ini mempunyai rasa minuman yang berbeza, meskipun ia pada perisa dan jenama sama. Kenapa ia berlaku? Menurut satu kajian saintifik, air bergas dalam botol kaca mempunyai rasa lebih sedap kerana kandungan soda dan gas karbon dioksidanya adalah lebih tinggi berbanding minuman dalam botol plastik, petik ANALOX. Plastik mempunyai rongga kecil pada permukaannya yang membenarkan gas untuk keluar daripada botol lebih cepat, berbanding dengan botol kaca atau tin. Ia sekaligus membuatkan rasa berkarbonat itu berkurangan meskipun ia masih belum dibuka. Disebabkan itu jugalah, rasa air gas dalam botol plastik berbeza dengan yang dalam botol kaca.
Namun begitu, kos pembungkusan minuman berkarbonat dalam botol kaca adalah lebih mahal berbanding botol plastik mahupun tin. Maka, pengedar lebih suka memilih pembungkusan dalam botol plastik atau tin, meskipun botol kaca mempunyai rasa minuman bergas yang lebih enak. Sumber: Era.je
|
ADVERTISEMENT