SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu oleh pakar perunding forensik bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya.
Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng, berkata tiada kecederaan jelaga dan keadaan seperti itu menunjukkan mangsa tidak menyedut udara panas. "Nampaknya dia (si mati) sudah meninggal dunia sebelum kebakaran," katanya yang juga saksi pendakwaan ke-46 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah. Ketika membaca keterangan saksinya, Dr Sheue Feng yang menjalankan bedah siasat terhadap Nazrin pada 5 petang, 14 Jun 2018 di Jabatan Perubatan Forensik HKL, berkata tiada bukti kecederaan hidu larinks atau jelaga di trakea serta laluan udara yang lebih dalam.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Nazrin yang dihadapi balunya, Samirah Muzaffar, 46, dan dua remaja yang kini berumur 19 dan 16, serta wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas. Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di sebuah rumah dekat Mutiara Damansara, di antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi hari berikutnya. Dr Sheue Feng, yang berpengalaman melakukan lebih 2,000 bedah siasat, menyenaraikan 16 tanda kecederaan yang ada pada badan Nazrin, merangkumi luka menembus berukuran 5x4 sentimeter (sm) di bahagian parietal kiri, luka menembus berukuran 2x1 sm di sebelah kanan dahi dan luka menembus berukuran 2x1.5 cm di bahagian atas bahagian depan leher. Saksi juga menunjuk dan menjelaskan beberapa keping gambar yang diambil ketika bedah siasat yang dipaparkan pada skrin di mahkamah. Lebih 100 keping gambar ditunjukkan kepada mahkamah. Ketika gambar-gambar itu mula dipaparkan, kakak Nazrin yang berada di ruang mahkamah didengar menangis. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung Selasa. -CARI Sumber: Bernama
|
supernaturalee replied at 23-3-2021 09:27 AM
klu di ci astro ada 1 rncngn ni tajuk the deadly wives
antara kes2 nya mcm ni lah
Pinokiok replied at 23-3-2021 10:42 AM
Sebab tu la org selalu ckp perkahwinan ni ibarat satu perjudian..
Sayangnya aku xde astro nak ...
Normabaru replied at 23-3-2021 11:37 AM
Kawan kaka rajin borak dgn polis.. Cite dia kes ni evidence dah habis bomba kemas sbb ingt betul kes ...
chandrahusin replied at 23-3-2021 11:43 AM
mmg pembunuhan terancang la ni ya
kalau gagal bukti pendakwaan
mmg lps lah
tupaiterbang replied at 23-3-2021 01:42 PM
power jgk si samirah kelly ng gan anak2 pareeya dia
kemungkinan terlepas 70%
awekjepun replied at 23-3-2021 02:11 PM
Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn b ...
awekjepun replied at 23-3-2021 02:11 PM
Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn b ...
supernaturalee replied at 23-3-2021 09:27 AM
klu di ci astro ada 1 rncngn ni tajuk the deadly wives
antara kes2 nya mcm ni lah
awekjepun replied at 23-3-2021 06:11 AM
Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn b ...
Normabaru replied at 23-3-2021 11:37 AM
Kawan kaka rajin borak dgn polis.. Cite dia kes ni evidence dah habis bomba kemas sbb ingt betul kes ...
slavehunter replied at 23-3-2021 07:15 AM
Deadly wives, Fatal Vows, Who the bleeb did i marry, itu semua tentang jenayah suami isteri macam2 ...
ADVERTISEMENT