Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz menyimpan hasrat untuk berhijab namun tidak mahu melakukan perubahan tersebut secara drastik. Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, dia mahu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum benar-benar membuat keputusan kearah itu.
Bagaimanapun pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu dia akan berhijab seperti rakannya, Cik Manggis apabila sudah bersedia dan berharap semua peminat mendoakan yang terbaik. "Sudah tentu, satu hari nanti (bertudung)... kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi, saya hanya berharap orang dekat luar sana doa yang baik-baik untuk saya.
"Doakan agar satu hari nanti saya akan berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa... sebab saya kalau nak buat sesuatu perkara, saya tak nak buat dengan terlalu drastik. "Sebab saya rasa, semua itu akan datang dari naluri dan niat kita... kena betulkan diri dahulu. Satu hari nanti bila saya sudah bersedia... Insya-Allah. Mungkin sekarang betul sampai waktu," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT