CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Empat Tahun Maut Diserang Lima Ekor Anjing Jalanan

23-3-2021 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4506| Komen: 24

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas diserang lima ekor anjing jalanan di Arab Saudi.

Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Shahd, dilaporkan diserang sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumahnya di kawasan perumahan Al Washaila, lapor The Sun.


Ibu mangsa berkata, selepas terdengar anaknya menjerit, dia keluar dan melihat anaknya diserang anjing berkenaan sebelum meminta pertolongan.

Beberapa orang berjaya menghalau anjing tersebut dan kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia semasa terima rawatan.


Gambar Hiasan, Foto: Awani

Bapa saudara mangsa, Abdullah Hazzam Al Abd Al Salam memaklumkan, keluarga mangsa sangat terkejut dengan kejadian tersebut, lapor Gulf News.


"Kami membawa anak saudara saya ke hospital berdekatan pada jam 5.30 petang dan petugas kesihatan memberitahu kami dia berada dalam keadaan stabil.

"Kami terpaksa menunggu di bahagian luar hospital sebagai langkah keselamatan akibat COVID-19, namun pada jam 7.50 malam, kami diberitahu kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia," jelasnya kepada Gulf News.

Tambahnya lagi kawasan perumahan tersebut sudah lama mengalami masalah dengan haiwan jalanan yang berkeliaran dan ia diendahkan pihak berkuasa tempatan.

Dia turut menggesa kerajaan membunuh anjing jalanan di kawasan tersebut yang sering dikunjungi orang ramai bersama anak-anak mereka pada hujung minggu.

Insiden berlaku pada 12 Mac lepas di Al Washaila yang terletak kira-kira 25 km di selatan Riyadh.

Jenazah Shahd dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mansouriya pada 14 Mac lepas. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 23-3-2021 11:06 AM
etis mana yg dah berevolusi jd anjing tu?

ish ish ish
Quote pxlbb 23-3-2021 11:36 AM
bila aku kata aku mmg takut anjing orang etis mengamuk. katanya apa beza anjing dgn kucing. tak pernah lagi org mati kena terkam dgn kucing.

baideway korang nak bela anjing geli2 manja duduk dlm rumah aku tak heran. bela la husky ke chiwawa ke. tapi kalau anjing jenis melalak tak tentu pasal mmg selayaknya kena lastik.
Quote unguseruni 23-3-2021 11:46 AM
Aduhh.. kesiannyaa
Quote Skuau 23-3-2021 11:58 AM
sib baik kodiang arrow cepat panah aritu......
Quote lifeline 23-3-2021 12:04 PM
pxlbb replied at 23-3-2021 11:36 AM
bila aku kata aku mmg takut anjing orang etis mengamuk. katanya apa beza anjing dgn kucing. tak pern ...

betul setuju sgt2
melalak setiap hari setiap malam
bukan melalak slow2

melalak yg kau tgh tido pon boleh terjga kul 2-3 pagi sbb anjing ni melalak
dah tu bukan sekoq
4-5 ekoq ok

geng2 yg acah2 sygkan haiwan ni x kena kt batang hidung sndiri pandai la cakap
Quote bondeh 23-3-2021 12:37 PM
Aku geram tiap2 malam anjing memekak kadang2 saje tuan dia lepaskan tengah2 malam kacau kucing2. Berapa banyak kucing meninggal sebab anjir nih. Aku nak carik sumpit fuhhh kan kat anjir2 dgn tuan dia si kelly ng stupid. Huh
Quote Nnasda53 23-3-2021 01:03 PM
Bahaya anjing liar ni,dah report pihak majlis tangkap tetap melambak juga lepas tu.
Quote damsel_fiji 23-3-2021 01:18 PM
Kucing adik aku baru jah kena baham dgn anjing2 jalanan ni..sblm ni report kat perbandaran dorg buat dekk je
Quote kiah78 23-3-2021 01:30 PM
Kat sini pun sepah2 anjing. Kesian pulak tngok kalau kayuh basikal atau naik motor kena kejar ngan anjing. Melalak jer sambil kejar orang.
Quote kelip2_07 23-3-2021 01:34 PM
kt umah aku pn ade yg bela anjing..anjing dia mcm anjing giler..sme 5 ekor tp 2 jer ade tali yg terlps tu dh al mcm anjing giler..suka kejar org tibe2..aku pn penah kena..tuan dia betina tu plk lbh anjing dr aniing..bl org bgtau dia kata blm kena kn?sial btl..dh la memekak siang mlm
Quote ally9970 23-3-2021 01:36 PM
Geng2 pembela anjing tak nak tampilkan diri ke?
Quote jalfa 23-3-2021 02:21 PM
Kesian kanaak kanak tu.mohon penchenta hewan buat fund bg mak bapak budak tu...anjing jiran cina depan rumah aku ni pon rasa nak sepak jemanjang menyalak..aku yg hari hari dia nampak buang sampah dlm tong depan rumah aku pon dia beria salak mcm pencuri...
Quote SayaSayangMama 23-3-2021 04:17 PM
pxlbb: bila aku kata aku mmg takut anjing orang etis mengamuk. katanya apa beza anjing dgn kucing. tak pernah lagi org mati kena terkam dgn kucing. baideway  ...



Masalahnya yg bela dlm rumah pun ada gigi baby dlm pantang tahun lepas . Putus tangan baby tu. Kesian lahir normal tetiba jd cacat nauzubila. Anjing aunty kpd mak dia. Kejadian di Malaysia ye.
Quote Plain-tif 23-3-2021 07:22 PM
Masa aku duduk apartment dulu anjing jiran suka buat aku mencarut2 dalam hati. Rasa nak report jer tapi fikir jiran. Nasib baik bela indoor jer
Quote Kerexxx 23-3-2021 08:40 PM
damsel_fiji replied at 23-3-2021 01:18 PM
Kucing adik aku baru jah kena baham dgn anjing2 jalanan ni..sblm ni report kat perbandaran dorg buat ...

Kucing ni kalau kena serang dgn anjing, mmg xde chance utk selamat ye rupa2nya
Quote noor2 23-3-2021 08:46 PM
Innalillah... anjing ni mmg bahaya bila lapar berkumpulan...

Td masa akak duk tunggu sorang Dr. dari utm di cyberjaya ada sekor  anjing kurus kering...aku bg dia makanan dan tuangkan air ke mulut dia guna botol air mineral tu...tengok kaki dia cedera ..ekor dia goyang2..tapi mmg lemah kurus sgt nampak rangka...
Quote Cocoais 24-3-2021 12:45 AM
Bukan dekat luar negara je kat malaysia ni belambak2 nanti kalau tembak berbunyi lah ngo mana2..bila buat aduan takde pula tindakan..tunggu kes viral atau kes besar baru nak begerak..semua sekarang ni kena benda yang viral baru ada tindakan dan kesan..kannn
Quote sekngucing 24-3-2021 05:50 AM
Sebab tu malaysia payah nak besatu paduberlainan kaum..melayu benci anjing..cina benci azan....
Quote FOTHER-MUCKER 24-3-2021 06:38 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-3-2021 02:40 PM

Kenapa melayu takut sangat dengan anjing? Tengok arab ok sahaja. Mereka kata jika dalam quran tak larang maka hadis tidak boleh menukarkan apa yang quran tidak melarang.






[youtube]mWK6RDuKQgg[/youtube]

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037195 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top