|
Penyanyi Baby Shima sedih apabila seorang pelakon tambahan dalam filem pendek berjudul Perempuan Penyondol, dihina dan dicaci netizen dengan -pe-l-bagai gelaran gara-gara bertubuh besar.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, meluahkan rasa sedih dan kesal apabila pelakon tersebut yang dikenali sebagai Kiera telah menjadi mangsa penghinaan fizikal oleh netizen. “Ya Allah sedihnya hati ini, saya nak tujukan video ini buat semua orang yang tidak menjaga hati dan perasaan orang lain! “Sedihnya hati ini bila Kiera meluahkan perasaannya pada saya. Disebabkan cerita Pe-rempuan Penyondol yang saya lancarkan baru-baru ini, Kiera betul-betul tertekan dengan penghinaan itu,” ujar pelantun lagu Roadblock Hatiku itu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Shima dalam Instagramnya, kelihatan pe-nyanyi itu bersama Kiera atau nama sebenarnya, Nurul Zaidatul Akhira Diana, 25, untuk mendengar luahan gadis itu selepas dihina netizen.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.026224 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.