Seorang lelaki memenggal kepala bapa kandungnya di Lampung Tengah. dipercayai kerana pernikahannya tidak dipersetujui ibu bapa. Ketua Kampung Kepala Kampung Sendang Rejo, Hotini berkata, sebelum kejadian suspek pelaku berinisial PK meminta izin untuk berkahwin, namun tidak dipersetujui.
Hilang pertimbangan, suspek memenggal kepala bapanya yang baru pulang dari sawah. TribunNews melaporkan, suspek menghampiri ibu bapanya yang berehat di belakang rumah sebelum melibas golok ke leher mangsa. Kepala mangsa 'diarak' ke sekeliling kampung sambil menyebut 'Bapa saya mati, bapa saya mati" membuat penduduk setempat ketakutan melarikan diri. Manakala, segelintir penduduk cuba menahan dan menenangkan suspek yang berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Lampung Tengah, AKBP Popon Ardianto Sunggoro yang mengesahkan kejadian berkata, buat masa ini pihaknya percaya suspek mengalami gangguan mental.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada suspek mengalami gangguan mental atau tidak dengan mendapatkan kerjasama pakar psikiatri. - CARI
|
Kurex: Banyak persamaan antara leluhur yg sama 3 huruf depannya
ADVERTISEMENT