Drama Marry Me Senorita melabuhkan tirai semalam selepas menghiburkan penonton menerusi lebih 28 episod di kaca televisyen.
Janna Nick, 26 salah seorang pelakon Marry Me Senorita itu berkongsi beberapa foto bersempena berakhirnya drama tersebut di kaca televisyen. Salah satu foto dikongsikan menunjukkan kekasihnya Dini sedang duduk di pangkuan ribanya.
Menjengah ke ruang komen, gambar tersebut dikritik peminat kerana dilihat kurang sesuai dikongsikan. Ada juga komen nakal rakan artis yang kononnya kagum dengan kekuatan Janna menampung berat Dini. Nampaknya nama Janna Nick tidak terus sunyi diperkatakan peminat kerana menimbulkan kontroversi lagi di media sosial. Bertabahlah Janna. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|