CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Panggil Umi Jangan Nanny, Rasa Tua,"- Noraniza Idris Teruja Timang Cucu Pertama

24-3-2021 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11905| Komen: 84

Penyanyi Noraniza Idris menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Aliff Haiqal sudah menimang cahaya mata perempuan pada Selasa.

Menerusi laman Facebook milik penyanyi berusia 53 tahun itu menganggap kelahiran cucu yang diberi nama Hannah sebagai hari bersejarah apabila menjadikan dirinya seorang nenek.



Foto: mStar Online

"Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila di'watikah' menjadi nanny hari ini.

"Tahniah Aliff BeeLeaf Active mama... terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini," tulis Noraniza Idris.

Ruang di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang juga mendoakan agar segala urusan keluarga Noraniza dipermudahkan.



Lebih menarik, kelahiran cucu perempuan itu jatuh pada hari lahir yang sama dengan Aliff iaitu 23 Mac.

Justeru, penyanyi lagu Dikir Puteri ini juga memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang ke-37 tahun.

"Sempena hari lahir Aliff. Ada satu hadiah paling istimewa. Tak ternilai dengan wang ringgit. Hadiah kehadiran satu lagi nadi kehidupan yang sangat besar ertinya dalam hidup berumah tangga hari ini.

"InsyaAllah... semoga Allah melindungi kehadirannya ke dunia realistik. Hadiah ini istimewa untuk seluruh seisi keluarga. Buat pertama kali lahir seorang lagi keturunan Noraniza Idris dan Haji Idris.

"Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga... menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama," katanya.



Sementara itu, Noraniza juga mengucapkan terima kasih kepada menantunya iaitu Ezza Nafiesha yang telah menghadiahkan anugerah bermakna dalam keluarga mereka.

"Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa status nanny untuk mama buat pertama kalinya.

"Semoga baby Hannah terus menjadi anak yang sihat dan solehah. Menjadi mommy yang sangat bijak membahagikan masa antara karier dengan keluarga. Penting sekali jaga hati Aliff bila ada Hannah.

"Jangan cemburu jika Aliff beri perhatian pada Hannah tau... tak sabar nak tengok wajah cucu pertama Umi. Panggil Umi tau, tak nak nanny la... tua sungguh rasanya," ujarnya.



Aliff Haiqal berkahwin dengan Ezza Nafiesha Zakaria pada 22 Disember 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 24-3-2021 08:13 AM
ok nenek ani
Quote uori 24-3-2021 08:16 AM
hangguk ko nanny, nenek sudehhh
Quote JalaEmas 24-3-2021 08:17 AM
kelakar.." rasa tua"... dh mmg hakikatnye dh tua
Quote watymuchaz 24-3-2021 08:18 AM
Bila nenek in denial. Tahniah dah dapat new title.
Quote haryatie 24-3-2021 08:22 AM
x nak jd nenek jgn bg ank kawin  
Quote virgo19 24-3-2021 08:39 AM
Betul ke umur anak dia tu 37 tahun? Ke salah tulis, sebenarnya 27?
Quote Skyline_84 24-3-2021 08:46 AM
Umi mende pulak nek ani oiii...Sah sah tu cucu ko... Dh tua tpi tk sedar diri
Quote Cerminputih 24-3-2021 08:49 AM
Panggil la ada panggilan tok ke nenek ke, lg sedap di dengar utk cucu
Quote prizadane 24-3-2021 08:55 AM
ni sama macam mak mertua aku lah ni. dia tak bagi cucu panggil dia nenek or wan. dia suruh panggil mama...sebab dia kata panggil nenek tu macam tua sangat. eh, dengan aku menantu pun dia bahasakan diri dia 'kak' je. Dengan biras sendiri yang beza 5 tahun pun dia panggil makcik.

takpelah, janji happy ye tak kak Ani oi?
Quote Nenasketum 24-3-2021 08:57 AM
How about gwammy?? Hehehe. Memacam retis ni
Quote dudaberhias 24-3-2021 09:00 AM
udah2 ler tu nek ani oiii...
biar ler orang panggil nenek...
masih berangan nak lawan siti la tu...

boleh topap botox bagi sama2 kembung pipi macam siti kat sunway ni...

ada promosi sekarang ni rasanya... diskaun pandemik..
bagitau je Widowed Makeup dari forum cari yang refer...

dapat la 50% discount... TC applies
Quote reddots 24-3-2021 09:02 AM
klu ko letak granny, baru la nampak dan bunyi tua.

tp granny ani lagi suit la
Quote 3chanceno 24-3-2021 09:11 AM
Suka kamu la nek a i tapi  'psngkat' tu memang sedia ada bila dapat cucu..gambar baju hijau tu nampak eyebags dan hitam sangat jelas la
Quote SayaSayangMama 24-3-2021 09:16 AM
Geli dgn org xterima hakikat dah tua ni. Mcm aku dan famili aku suka je anak sedara panggil aku maklong. Tp belah laki aku semua cm nk auntie la cik la, mama tu mama ni,  yg pangkat nenek pun xnk kalah, nk anak aku panggil mcm mak sedara je padahal pangkat nenek. Dlm fam laki aku, aku je selumber dipanggil maklong oleh anak sedara. Pedulik apa aku.
Quote hareeeesah 24-3-2021 09:21 AM
Nak cucu tapi tak nak panggil nenek pulak apebenda la
Quote Kurex 24-3-2021 09:21 AM
Tak cukup ke berkedut atas bawah utk menyedarkan kau dah tua
Quote kaseh80 24-3-2021 09:28 AM
Dah tua tapi tak ngaku pulek ni namanya
Hidup berpura pura
Quote EvieWanKenobi 24-3-2021 09:30 AM
apa2 jelah..
karang sentap lagi..
Quote RinIna 24-3-2021 09:36 AM
Aku lagi suke pnggil nenek... sbb nnt org akan cakap wah.. mudenya dah jadi nenek.. bangga apa. Kiranya awet mudela.. kbai

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.105402 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top