CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Doa Dipermudah Urusan, Kolaj Fitting Baju Pengantin Jadi Hint

24-3-2021 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 165957| Komen: 1297

Selebriti dan usahawan terkenal sekali lagi menarik perhatian ramai selepas memuat naik tiga bacaan doa memohon agar Tuhan mempermudahkan urusan hidupnya.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya malam, Neelofa seperti memberi bayangan akan melalui satu langkah besar dalam hidupnya.


Foto: IG

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb yang Maha Hidup, wahai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu.




Paling menarik perhatian, dia turut menulis agar pengikut Instagramnya membacakan doa tersebut untuk dirinya.

“Dengan rahmat-Mu, aku meminta pertolongan mu ya Allah SWT. Doakan saya dalam doa-doa,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada doa tersebut mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinannya yang didakwa bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.



Sehingga kini, Neelofa mahupun tunangnya, Haris Ismail serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih mengunci mulut tentang perkara tersebut.

Sejak awal minggu ini, nama pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu menjadi topik bualan hangat netizen selepas ramai yang mendakwa dia bakal menamatkan zaman bujang dalam sehari dua ini.

Antara tarikh yang disebut ialah 25 hingga 27 Mac ini iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Lebih menguatkan khabar angin apabila foto Haris sedang membelek samping songket di sebuah butik turut tersebar luas dalam media sosial.

Terbaharu, sekeping foto tular memaparkan layah (veil) pengantin berwarna putih tertulis huruf N yang dikongsi oleh seorang pereka fesyen terkenal tempatan menjadi perhatian ramai kerana didakwa milik Neelofa.



Untuk rekod, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu bertunang dengan Haris yang merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada akhir tahun lalu, hubungan pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik pelbagai hantaran berbaur perli dipercayai ditujukan kepada Haris.

Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan, hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.

Pada masa sama, dia turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nur9786 24-3-2021 12:29 AM
Tahniah loli
Quote lolipopbiru 24-3-2021 12:29 AM
jika diperhati gambar collage belakang post doa di ig lofa tu adalah gambar gambar fitting baju pengantin.
Quote Lady_jull 24-3-2021 01:23 AM
Awal bukak benang baru pantas dak loli buat keje haha
Quote dedek12 24-3-2021 01:36 AM
Hahhaha loli tak sabar nak buka rumah bertingket utk jahlop mcm kaknab rituu
Quote sfrnna 24-3-2021 01:36 AM
Edited by sfrnna at 24-3-2021 01:39 AM

Meols tengok macam terkejar2 je.  Dengan sampinnya, fitting baju, hiv test pulak. Takkan la all in one week. Tetap gigih ya jah mintak doa sambil hint2 tengah fitting kat belakang biar netizen speku. Bagitau jela nak kawin sekian2, kan senang. Tak pun ikut si kak nab tu. Takda hint apa terus surprise nikah.
Quote apedehal 24-3-2021 01:39 AM
Haihh..sini pun ada jugak...throwback cikitt

[youtube]CFTctjPuWu8[/youtube]
Quote lolipopbiru 24-3-2021 01:43 AM
hint kat atas tu semua dlm minggu ini semalam dan kelmarin
Quote MsCinderella 24-3-2021 02:15 AM
Kat thread lama x sempat nak reply
.ada yg tanya latest post IGs puriz yg katanya dah dilete
.
Yg ni ker...ada kaitan ker?

Screenshot_2021_0323_035947.png
Quote anony-mous 24-3-2021 02:50 AM
sfrnna replied at 24-3-2021 01:36 AM
Meols tengok macam terkejar2 je.  Dengan sampinnya, fitting baju, hiv test pulak. Takkan la all in o ...

I sangka baik maybe sheol baru dpt tarikh nikah. Agknya nk dekat2 dgn kak nab pasal family boleh rentas negeri sekali je so sng. Skrg ni mmg lmbat sket dpt tarikh nikah xboleh pilih sgt
Quote Perawankota 24-3-2021 02:57 AM
Semoga berkekalan lah yer...
Quote zamna 24-3-2021 03:01 AM
adoi lawaklah.. betul la porumer lain kata si lolli ni laju buat keje bukak benang byk2
Quote mzsnam 24-3-2021 03:12 AM
MsCinderella replied at 24-3-2021 02:15 AM
Kat thread lama x sempat nak reply
.ada yg tanya latest post IGs puriz yg katanya dah dilete
.

betol.. yg ni lah tadi pastu dia delete.. korang speku apa.sabar knp tu
Quote MsCinderella 24-3-2021 03:17 AM
mzsnam replied at 24-3-2021 03:12 AM
betol.. yg ni lah tadi pastu dia delete.. korang speku apa.sabar knp tu

Ntah la..tunggu la wkends ni..

Malas nak berteka teki dah..haha
Quote sarah82 24-3-2021 03:29 AM
Soalan noob lagi.. Bukan ka biasanya angkat nikah ni jumaat...
Quote caca_eric 24-3-2021 07:20 AM
mzsnam replied at 24-3-2021 03:12 AM
betol.. yg ni lah tadi pastu dia delete.. korang speku apa.sabar knp tu

Yg pelik tu npa nk kna delete
Quote caca_eric 24-3-2021 07:20 AM
sarah82 replied at 24-3-2021 03:29 AM
Soalan noob lagi.. Bukan ka biasanya angkat nikah ni jumaat...

Akad nikah?
Quote sarah82 24-3-2021 07:27 AM
caca_eric replied at 24-3-2021 07:20 AM
Akad nikah?

Hahahaa..biasa la.. Iols dan salah ejaan tak boleh dipisahkan.
Quote me12345 24-3-2021 07:31 AM
Berapa byk thread..tutup la thread ni..
Quote ASWAH 24-3-2021 07:35 AM
Jah lop minta doa and tolwers be like “u always in our doa love” . What theeeee f**k. Motifffff

Lihat semua komen(1297)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.189534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top