Menahan sakit perut barangkali adalah situasi yang paling sukar bagi sesiapa pun apatah lagi ketika berada dalam situasi mencemaskan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sampaikan ada yang berpeluh-peluh dan meremang bulu roma ketika berada dalam situasi itu namun tiada pilihan selain menahannya!
Kita mungkin mampu menahan rasa sakit perut namun adakah kebiasaan seperti itu boleh memberi kesan kepada kesihatan? Pakar gastroenterologi, Dr Sameer Islam menjelaskan terdapat beberapa masalah boleh berlaku apabila seseorang kerap menahan sakit perut untuk membuang air besar. Jelas Dr Sameer, tindakan itu boleh menyebabkan masalah sembelit apabila tubuh seseorang sudah terbiasa dengan signal menahan membuang air besar. Itu juga menyebabkan seseorang akan sukar membuang air besar.
"Apabila kita mengalami sakit perut yang teruk tetapi menahannya, ia akan memberi singal yang salah kepada tubuh dan kesannya akan berpanjangan. "Otot-otot di bahagian rektum tidak bekerja dengan betul dan kerana dapat signal untuk tidak bekerja, inilah yang membuatkan kita mengalami sembelit dan sukar membuang air besar," katanya. Sementara itu, Dr Sameer turut menjelaskan beberapa mitos mengenai tabiat itu termasuk kotoran yang berkumpul dapat menjadi racun serta membahayakan tubuh. Namun katanya, kotoran yang berkumpul pada usus tidak akan menghasilkan racun dalam tubuh dan tiada penyakit khusus akan berlaku. Sebaliknya, Dr Sameer menekankan menahan diri daripada membuang air besar boleh menyebabkan sakit perut yang parah. "Sebaik-baiknya, jaga jadual untuk membuang air besar dan jadikan ia kebiasaan agar terhindar daripada kesan buruk pada kesihatan anda," ujarnya. Sumber: mStar
|
Nana_Man replied at 24-3-2021 12:06 PM
Aku paling takot kalau ada traffic jam, perut rasa nk berak.....
Skuau replied at 24-3-2021 12:45 PM
okla bawa keta sendiri...itu kalo naik public transport???
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...
Skuau replied at 24-3-2021 12:45 PM
okla bawa keta sendiri...itu kalo naik public transport???
Nana_Man replied at 24-3-2021 02:03 PM
Family aku lak... kalau sorang berak, yg lain2 mesti berak jgk. Padahal bkn mkn makanan yg sama.
puteribaya replied at 24-3-2021 04:11 PM
so far..i pun berak berjadual..kecuali bulan pose sbb minum dan makan sangat kurang
SecretLuv replied at 24-3-2021 04:38 PM
Dulu aku pun macam tu jugak. Pagi2 mesti wajib berak dulu Sekarang bila nak pergi jalan j ...
Adrif replied at 24-3-2021 07:01 PM
yang ni stail bapak aku.
asal aku masuk jamban, satgi dia ketuk pintu macam nak roboh, cepaaattt ...
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...
SayaSayangMama replied at 24-3-2021 08:15 PM
Iya inilah iolss dr kecik suka tahan berak. Bangga dua minggu x berak. Berak berdarah pun mak iolss ...
watymuchaz replied at 24-3-2021 08:38 PM
aku pon x suka guna public toilet. Plg2 pon pee je lah, tp kalo nak berak paksa mcm mana pon Mmg x ...
ADVERTISEMENT