CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Boleh Menjaja Di Persimpangan Lampu Isyarat Terengganu

24-3-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2557| Komen: 14

Kerajaan negeri Terengganu masih mengekalkan kelonggaran kepada peniaga untuk menjaja di persimpangan lampu isyarat di negeri itu.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud kerajaan negeri membiarkan aktiviti perniagaan itu dijalankan tanpa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).




"Kerajaan negeri masih mengekalkan kelonggaran berniaga di lampu isyarat, namun kita tidak akan berkompromi dan akan menyerahkan kepada PBT atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat aduan melibatkan faktor keselamatan.

"Setakat ini ada laporan diterima PBT berkaitan isu keselamatan melibatkan beberapa peniaga dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

"Bagaimanapun, kita masih lagi memberi kelonggaran sementara kepada mereka untuk berniaga asalkan mereka mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan orang ramai terutama pengguna jalan raya," katanya kepada Sinar Harian.


Nurkhuzaini berkata, langkah kerajaan negeri itu diambil bagi memberi ruang kepada peniaga yang terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

"Kita memahami kesusahan dan kekangan dialami rakyat. Sebab itulah kerajaan akan lihat dari semasa ke semasa berhubung perkara ini. Buat masa ini kita tiada dasar lagi sama ada untuk menyekat atau menghalang mereka berniaga di lampu isyarat.

"Sebarang perkembangan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati aktiviti menjaja makanan di persimpangan lampu isyarat di Kuala Terengganu masih berjalan seperti biasa.

Penjaja biasanya akan aktif pada waktu tengah hari iaitu ketika pekerja di pejabat sedang rehat serta waktu petang ketika pulang ke rumah.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote domestobot 24-3-2021 01:34 PM
eloklah tu, mengindonkan Malaysia sedikit demi sedikit.
Quote Cocoais 24-3-2021 01:46 PM
Bandar2 kecik tak pe lah..kalau bandar yang padat macam kl tu boleh jadi accident tau..orang leka..menganggu lagi..
Quote Lagubestbest 24-3-2021 01:48 PM
sedih la pulak. tapi tempat tak sesuai langsung kut.
Quote Artemesiaa 24-3-2021 02:26 PM
Kebenaran dah diberi makin rancaklah nanti
Quote jiwasemangat 24-3-2021 02:54 PM
Langlah bijak.. org masuk gaji bulan2.. lain laa..
Quote notM 24-3-2021 03:05 PM
Sama2 Tolong ekonomi Melayu.
Quote EvieWanKenobi 24-3-2021 03:40 PM
selagi belum ada nyawa terkorban..
Quote aechae 24-3-2021 03:49 PM
Last blk KT new year haritu..antara mkanan yg iols nmpk ada jual kt trafic lite area sna ada meatball cheese, kuih ubi ketuk, jeruk tu n adik iols kata air pn ada jual ye... mgkin nnt bln puasa lg byk kot
Quote rosasen 24-3-2021 04:30 PM
aechae replied at 24-3-2021 03:49 PM
Last blk KT new year haritu..antara mkanan yg iols nmpk ada jual kt trafic lite area sna ada meatbal ...

bestnye ubi ketuk..area mana tu?
slalu jumpa yg pauh/pelam/meatball pastu asam pedas johor..
Quote aechae 24-3-2021 04:31 PM
rosasen replied at 24-3-2021 04:30 PM
bestnye ubi ketuk..area mana tu?
slalu jumpa yg pauh/pelam/meatball pastu asam pedas johor..

Serius ah asam pedas pn ada? Rsa mcm kt trafic light batu burok yg ubi ketuk tu...tp msti dorg tukar2 jugak kn?
Quote rosasen 24-3-2021 04:33 PM
aechae replied at 24-3-2021 04:31 PM
Serius ah asam pedas pn ada? Rsa mcm kt trafic light batu burok yg ubi ketuk tu...tp msti dorg tuk ...

ada...tp area simpang 3 teknik airport tu je yg jumpa...
Quote tukul 24-3-2021 04:36 PM
EvieWanKenobi replied at 24-3-2021 03:40 PM
selagi belum ada nyawa terkorban..

Kalau accident xleh claim dgn sape2 la kan
Quote tripleid 24-3-2021 04:38 PM
Spt biasa,kena tunggu ada yg mati kna langgar dulu barulah tak dibenarkan..
Quote kiah78 25-3-2021 07:40 AM
Kesian mmng kesian tapi makanan2 tu kena tutup betul2. Cuaca kita nie berhabuk panas dan debu. Kang kejap hujan. Kebersihan tu penting. Dah diaorg fikir cara tu cari rezeki. Dulu2 kan fama letak gerai bentuk buah2 untuk kurangkan penjaja. Dah takde lagi ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.049171 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top