CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baju hujan mudah rosak? Ini cara pilih dan tips penjagaannya

25-3-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3782| Komen: 3|Original author: berun

Baju hujan merupakan peralatan yang sangat penting bagi penunggang motosikal, lebih-lebih lagi ketika tibanya musim tengkujuh.




Biasanya, selain dibeli, baju hujan ini boleh didapati secara percuma semasa anda membeli motosikal baharu atau terpakai.

Namun, ada sesetengah rungutan terhadap baju hujan percuma tersebut, yang mudah rosak seperti koyak dan masuk air.



Justeru itu, seseorang mestilah tahu beberapa cara memilih baju hujan yang berkualiti dan  berbaloi supaya ia dapat digunakan dalam tempoh yang lama.

Tips memilih baju hujan yang berkualiti dan cara penjagaannya:

Warna

Pilih baju hujan yang berwarna cerah seperti warna kuning, merah, atau biru. Warna yang terang senang dilihat oleh pemandu lain dari belakang terutamanya di waktu malam.

Jika anda ada bajet lebih, sila pilih baju hujan yang ada bahan ‘fluorescent’ dan lining reflector untuk pantulan cahaya.

Model

Pilihlah yang ada baju dan seluar (1 set) sebab model seperti ini memberikan perlindungan yang terbaik.

Bahan buatan

Pilih baju hujan yang diperbuat dari bahan PVC dan memiliki sifat kalis air (water proofing), selain melindungi tubuh dari siraman air, mudah dibersihkan, dan cepat kering.

Saiz

Pilih siaz lagi besar daripada saiz yang biasa anda beli. Ini kerana, anda boleh memakai baju hujan ini beserta barang yang lain seperti beg.

Sambungan jahitan

Pilih baju hujan yang mempunyai sambungannya jahitan double lebih rapat, kerana ketahanannya lebih kuat. Semasa beli baju hujan, cuba tarik tempat sambungan baju hujan dan perhatikan struktur jahitannya. Pilihlah struktur jahitan yang rapat agar air tidak mudah masuk dari celah-celahnya.

Lapisan

Bahan baju hujan kain memiliki 2 lapisan iaitu waterproof dan windproofeven. Bahagian dalamnya ada lapisan pelindung seperti wax supaya baju hujan tidak meresap air. Bahan baju hujan tersebut jika dipakai tidak akan panas dan sesuai dengan keadaan suhu tubuh badan.

Bahan zip

Selalunya yang menjadi masalah air meresap tembus ikut celah jahitan. Perhatikan bahan zip pada bahagian jahitan baju hujan samada ianya disertakan dengan lilin atau tidak bagi menghalang air masuk. Bahagian zip juga mestilah mempunyai penutup bagi melindunginya.

Cara penjagaan

Ketika masih basah, jangan langsung dilipat, sebaiknya keringkan dahulu dengan cara digantung hingga kering. Ingat, jangan jemurnya terlalu lama.

Seandainya ingin membersihkan baju hujan, cukup siram dengan air bersih dan dilap dengan kain basah sahaja. Jangan jemur di bawah matahari terik, kerana ia akan merosakkan bahan baju hujan secara perlahan-lahan.



SUMBER  ebidmotor.comjan mudah rosak? Ini cara pilih dan tips penjagaannya

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cariplease 26-7-2021 10:08 PM
Wah ada banyak jenis baju hujan rupanya
Quote biztoone_buncit 26-7-2021 11:24 PM
Selalu bila lama lama kt bahagian jahitan tu air keluar.
Quote bictoria 27-7-2021 12:04 PM
beli brand apa bagus

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047365 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top