Punca kepada sakit perut yang dialami oleh seorang lelaki warga Thailand akhirnya terjawab, selepas seekor cacing pita dikeluarkan daripada duburnya.
Apa yang mengejutkan, cacing pita tersebut berukuran 59 kaki, di mana ia merupakan ukuran terpanjang yang pernah direkodkan di negara itu dalam tempoh 50 tahun. Pada mulanya, pesakit berusia 67 tahun dari wilayah Nong Khai, mengadu 'kembung perut' sejak awal Mac. Dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, di mana doktor kemudian mengambil sampel najisnya untuk menjalankan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi 28 larva berjangkit dan doktor percaya ia berpunca daripada daging lembu yang tidak dimasak.
Doktor kemudian memberikan ubat kepada pesakit tersebut sebelum cacing keluar dari duburnya pada keesokan hari. Menerusi rakaman yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit, kelihatan dua orang pegawai meletakkan cacing pita tersebut di atas plastik bagi menunjukkan ukuran sebenarnya. Dr Schawanya Rattanapitoon, yang mengetuai pasukan itu berkata: "Keadaan ini disebabkan oleh tabiat memakan daging lembu mentah. Parasit ini dapat hidup dalam badan manusia selama lebih dari 30 tahun "Namun pada masa kini, ia tidak bertahan lama kerana kita telah ada ubat-ubatan," katanya. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
chinta89: yg suka mkn daging masak ala2 x masak tu.. ada risiko ape ek. tgk ramai yg suka mkn daging still merah2. bak kata mat salleh kalau daging terlalu masa ...
ADVERTISEMENT