Individu yang suka menegur aurat wanita di media sosial dianggap sebagai seorang yang hipokrit, kata pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Naz Rahman. Naz, nama sebenar Nazrudin Habibur Rahman, 43, berkata niat golongan itu bukan menegur kerana Allah, tetapi merasakan diri paling baik berbanding lain. “Kepada yang rajin benar ‘menegur’ aurat wanita yang tidak dikenali di socmed, tapi diam bila bersemuka, adilkah kalau saya kata, anda menegur bukan kerana Allah SWT. “Anda menegur untuk up diri sendiri, nak rasa diri andalah paling terbaik," ciapnya. Di ruangan komen, ramai yang menyokong kenyataan Naz tentang cara seseorang berdakwah di media sosial. Membalas komen, Naz berkata seseorang individu boleh membuat teguran tetapi tidak boleh sehingga mengaibkan orang lain. Sumber: ProjekMM
|
dudaberhias replied at 25-3-2021 09:45 AM
soo truee... mari kita sokong beliau untuk kenyataan yang tepat untuk makhluk2 yang sibuk menegur au ...
Nenasketum replied at 25-3-2021 10:30 AM
Makin ramai yang konon tutup aurat, tapi everything else goes. Sleeping with other men, melacur, jua ...
ADVERTISEMENT