Pelakon remaja Mia Sara Nasuha menggesa pengguna Instagram berhenti menghantar mesej lucah kepadanya menggunakan akaun palsu. Mia Sara, nama sebenar Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, berkata perbuatan melampau itu menyebabkannya merasa tidak selesa dan menakutkannya.
“Minta tolong berhenti hantar mesej berunsur seks menggunakan akaun Instagram yang pelik. “Ia tidak selesa dan menyeramkan,” luahnya di Twitter. Memiliki 2.5 juta pengikut di Instagram, Mia Sara juga meminta warga maya memberi ruang privasi kepada dirinya dan keluarga. “Kamu sudah melampau. Tolonglah, saya dan keluarga perlukan privasi juga,” katanya yang berlakon sejak umur empat tahun. Pelakon filem Nur Kasih The Movie itu sebelumnya berdepan isu tudung apabila ada pihak produksi yang meminta mendedahkan aurat sehingga menyebabkannya tersinggung. Bertudung sejak umur 11 tahun, katanya disebabkan imejnya itu beliau kurang menerima tawaran lakonan dan dianggap enggan terlibat lagi dalam dunia seni. Sumber: ProjekMM
|
dua_chzy replied at 25-3-2021 12:10 PM
Waaah akak tak sedar budak ni dah 16 tahun! Awal mucul dulu berlakon jadik anak Lisa Surikayu, baru ...
MarissaOberlin replied at 26-3-2021 09:56 PM
Watak Amani dalam Adam Maya!
very the cute nak mampos ya zaman tu.
Sein pun very the helokssss
dua_chzy replied at 25-3-2021 12:10 PM
Waaah akak tak sedar budak ni dah 16 tahun! Awal mucul dulu berlakon jadik anak Lisa Surikayu, baru ...
ADVERTISEMENT