|
Insiden terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) tidak membuatkan penyanyi Nabila Razali patah semangat atau serik untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
Malah, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Razali, 29, berkata, dia juga tidak menolak untuk bertanding di pentas berprestij itu sekali lagi jika ada lagunya tercalon. "Insiden itu bukan titik noktah untuk saya berhenti daripada perjuangan dalam industri ini sebab menyanyi memang perkara yang saya suka buat. Saya buat ini pun adalah demi keluarga dan juga diri sendiri. "Tipulah kalau cakap saya tidak menangis, memang saya menangis lepas buat persembahan dan sehari selepas AJL 35 memang saya habiskan masa untuk lepaskan semua kesedihan itu dan kemudian bangkit kembali, apa-apa pun hidup mesti diteruskan," katanya kepada mStar pada malam Rabu.
Sebelum ini, kenyataan penyanyi lagu Peluang Kedua di laman sosialnya berbunyi 'but i think, this is it' (saya rasa cukuplah) menimbulkan persoalan netizen apabila dikatakan seolah-olah mahu meninggalkan industri seni akibat tidak tahan dengan kecaman pelbagai pihak. Nabila ditemui pada majlis pelancaran produk kek lapis Big Mouth X Nabila Razali yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.
|


"Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual tentang benda negatif (pasal saya) sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama.
minime88 replied at 25-3-2021 12:30 PM
she did a good job. that is all that matters. pengajaran supaya jgn mudah patah semangat dgn kata ka ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045634 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.