CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Berjauhan, Ismail Izzani 'Lepaskan' Kekasih Belajar Di Luar Negara

25-3-2021 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9018| Komen: 43

Bakal berjauhan untuk tempoh beberapa tahun, penyanyi Ismail Izzani berkata, dia tidak pernah menghalang teman wanitanya, penyanyi Shalma Eliana untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 21, berkata, dia mahu melihat Shalma terbang tinggi mengejar impian untuk masa hadapannya.


Foto: IG

"Shalma akan terbang ke Australia pada awal tahun hadapan. Sepatutnya dia pergi bulan Julai tahun ini tapi disebabkan situasi negara sekarang ia terpaksa ditangguhkan.

"Saya dah cakap dah kalau boleh nak suruh dia sambung belajar dekat sini sahaja... tapi saya tidak akan menghalang cita-cita dia.

"Saya nak dia rasa sendiri pengalaman belajar di luar negara... saya tidak dapat pengalaman itu sebab saya bukan orang yang jenis study," katanya kepada mStar.




Ismail ditemui pada majlis pelancaran produk makanan Big Mouth X Nabila Razali yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, tambah Ismail, dia dan kekasihnya itu masih muda dan akan menggunakan masa yang ada untuk membina masa hadapan sebelum membuat keputusan berumah tangga.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada sekitar tahun 2019.



Pada Disember lalu, penyanyi lagu Luar Biasa itu menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada Shalma atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen, 21, sebagai tanda 'promise ring' di antara mereka berdua.

"Sudah tentu saya akan merindui dia, kalau tidak dia sepatutnya pergi belajar di United Kingdom tapi di saat akhir tukar di Australia. Jadi tidaklah terasa sangat perbezaan waktu itu di antara kami.



"Saya hormat dan akan sentiasa sokong apa yang dia buat sebab kami masing-masing bagi masa untuk teruskan impian serta cita-cita sendiri terlebih dahulu," ujarnya lagi. -CARI

Sumber:mStar oOnline
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 25-3-2021 05:03 PM
Cari mat saleh ye dik..
Quote uori 25-3-2021 05:05 PM
bukan orang yang jenis study.

bodoletukan?

Quote kualibesi 25-3-2021 05:20 PM
uori replied at 25-3-2021 05:05 PM
bukan orang yang jenis study.

bodoletukan?

bukan bodo kak, sibuk kejar career kak. kihkih..

ank org kaya pun malas nk study, iolls rasa mak pak mampu hntr UK sana...
Quote uori 25-3-2021 06:09 PM
kualibesi replied at 25-3-2021 05:20 PM
bukan bodo kak, sibuk kejar career kak. kihkih..

ank org kaya pun malas nk study, iolls rasa ma ...

bodo la tu, buat keputusan bodo. belajar ni bukan akademik semata mata, banyak benda kita belajar bila ke sekolah, ke kolej
Quote dudaberhias 25-3-2021 06:13 PM
Siap berani bet mael takkan curang?
Quote Perawankota 25-3-2021 06:16 PM
Aku ada je kawan2 yg study overseas tapi bkn sebab pandai Sgt, tp sbb parents mmg berduit
Quote aechae 25-3-2021 06:21 PM
Eeuwww...iols klu dpt study oversea xkisah lh bijak ke x kn, tp iols cri je org bru kt sna yg sama2 study...
Quote naina 25-3-2021 06:39 PM
Barulah ngam drama orang kaya dan famous Amos. Kekasih belajar luar negara, orang kaya..balik kerja company keluarga. Tapi dia ni pergi belajar sbb family berduit ke atau MMG pandai..
Quote naina 25-3-2021 06:40 PM
aechae replied at 25-3-2021 06:21 PM
Eeuwww...iols klu dpt study oversea xkisah lh bijak ke x kn, tp iols cri je org bru kt sna yg sama2  ...

Kan..yg hensem, nampak macho dan cerdik. Lelaki kena lebih cerdik dari perempuan. Keh keh keh. Aku suka tengok lelaki smart bijak. Muahahah
Quote naina 25-3-2021 06:40 PM
aechae replied at 25-3-2021 06:21 PM
Eeuwww...iols klu dpt study oversea xkisah lh bijak ke x kn, tp iols cri je org bru kt sna yg sama2  ...

Kan..yg hensem, nampak macho dan cerdik. Lelaki kena lebih cerdik dari perempuan. Keh keh keh. Aku suka tengok lelaki smart bijak. Muahahah
Quote Guccibamboo 25-3-2021 06:42 PM
Amik gambar duduk atas meja kaki kat kerusi tu agak xde adab ye ....tolonglah
Quote aechae 25-3-2021 07:03 PM
naina replied at 25-3-2021 06:40 PM
Kan..yg hensem, nampak macho dan cerdik. Lelaki kena lebih cerdik dari perempuan. Keh keh keh. Aku ...

Koman2 bleh jwb jmpa laki sama tmpt study dluuu...haaa bru lh kembang hidung nk btau
Quote sleepandream 25-3-2021 07:36 PM
ikutla minat masing2...
asal berjaya dgn cita2 sudahhh
Quote rayray28 25-3-2021 08:33 PM
wow banyak gk like budak ni ye..
Quote slyfynx 25-3-2021 09:18 PM
Ale uto ape mende ni pun bukak thread?
Quote Aiiskenot 25-3-2021 10:08 PM
Aku kalau jantan cakap mcm tu "bukan jenis study" awal2 lg aku blah. Mak pak tutup mata mana kau nk pergi dikkk.. Raut x ke mana.. Suara pun ala2. Hmm.. Kalo aku jd gf dia cari mat sal mcm si amalina tu. X pun sesapa la yg cerdik.
Quote gekkou 25-3-2021 10:12 PM
alah baru kekasih
bukan bini
alangkan bini pun boleh dilepaskan dik

kau rileks2 ja la
cari lain kat mesia ni
dia  kat sana pun calon bijak pandai bersepah
Quote roserouen 25-3-2021 10:12 PM
Lupa nak tanya, Mael ni amek spm ke tak haritu? Mael ni sebaya dgn husband intan ladyana tu kan.
Quote YomiuriLandMae 25-3-2021 10:23 PM
tak kesah la kau kaya pun tp kalo kau x pandai invest bukit tu kalo asyik ditarah lama2 rata jugak..

org yg jenis malas timba ilmu ni iols sgt x minat.. seolah2 kau memperlekehkan ilmu tu.. x kesah la any type of ilmu skalipun..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.051856 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top