Kita semua memang benci dengan sikap segelintir individu yang tidak menjaga kebersihan terutama di tempat-tempat awam. Viral di media sosial video seorang lelaki membuang sampah dalam kuantiti yang banyak dari keretanya di kawasan tempat letak kereta awam. Selamba betul! Perbuatan lelaki tersebut bukan sahaja mengotorkan kawasan awam tersebut, bahkan memberikan persepsi buruk terhadap majlis bandaraya yang bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit. Khabarnya, kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Video berdurasi 3 minit itu mengundang kemarahan netizen. Mana taknya, selamba betul buang sampah di situ.
Loading FB Post... Video ini telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan melalui satu hantaran rasmi di Facebook, pihak MBPP sangat kecewa dan memandang serius terhadap individu yang telah mengotorkan kawasan tersebut. Menurut MBPP, individu tersebut akan dikenakan hukuman denda sehingga RM500 dan bagi sabitan kedua dan seterusnya, pesalah akan berdepan dengan denda sehingga RM1,000 berdasarkan Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. Dalam masa sama, MBPP menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak MBPP bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang dan memastikan persekitaran sentiasa bersih. Sampai bila tabiat buruk membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain dan alam sekitar akan berubah. Kan menjaga kebersihan tanggungjawab kita bersama? - CARI
|
Belibis replied at 25-3-2021 10:41 PM
Nama jalan tu bila nak tukar?? Penghinaan tau,penghinaannn.
ADVERTISEMENT