CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Serik, Lepas Ni Pendam Je Tak Perlu Luah Pandangan Di Media Sosial

26-3-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5553| Komen: 21

Niat penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun hanya berkongsi pandangan jujur mengenai persembahan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua.

Namun, lain pula jadinya apabila ciapan di laman Twitter disalah erti hingga dilemparkan pelbagai tuduhan hingga didakwa menghina, melakukan buli siber, serangan peribadi, tidak berzikir sebelum 'tweet', malah kisah kontroversi rumah tangganya dahulu turut diungkit semula.



Kredit foto: IG Hafiz

Situasi menjadi lebih panas apabila penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menjawab ciapan itu dengan mempertahankan Nabila, sekali gus menyebabkan keadaan lebih kecoh apabila ketiga-tiga peminat artis berkenaan bertelagah sesama sendiri.

"Saya tahu ramai berkongsi pendapat yang sama, tetapi tidak tular. Jadi, tidak adil apabila ada yang mendakwa status saya sebagai kecaman, hinaan dan pelakuan buli siber ke atas Nabila," katanya.


Kesal diserang netizen dan kredibilitinya dipersoalkan, Hafiz menjelaskan dia bukan orang baru dalam industri dan pernah menjadi juri  berprestij itu pada 2012.

"Mungkin mereka ingat saya orang baharu dalam industri dan tidak layak melahirkan pandangan. Dari awal lagi, saya sudah tekankan, tujuan saya menulis ciapan untuk meluahkan pendapat, bukannya memperlekehkan sesiapa.

"Serik rasanya. Kalau ada perkara yang tidak berkenan di hati, saya pendamkan sahaja. Tidak perlu ulas dalam media sosial.

"Namun, apabila dikaji balik, apabila buat tidak peduli, kita tidak akan mendapat apa-apa ilmu. Saya harap, apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Manalah tahu, netizen akan lebih terbuka dalam menerima pandangan orang lain," katanya.


Kredit foto: IG Nabila

Tambahnya, dia juga sudah menghubungi Nabila untuk meminta maaf dan menjelaskan alasannya membuat ciapan itu supaya tiada salah faham.


Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 26-3-2021 03:09 PM
Hafiz midun mana pernah ada rasa serik ni.
Quote AppropriateNick 26-3-2021 03:28 PM
husna_amal replied at 26-3-2021 03:09 PM
Hafiz midun mana pernah ada rasa serik ni.

ada juga xxx dok back up ciknab dalam ni
Quote Plain-tif 26-3-2021 03:49 PM
Ada beza kan teguran membina dengan menganjing?
Quote Perawankota 26-3-2021 04:57 PM
Apa2lah hapiz oi
Quote Cece1234 26-3-2021 06:53 PM
Haah better ko duduk diam2 je..
Quote user.name 26-3-2021 09:17 PM
sebab ko tu pismedon bekas repah gittew? ko tengok tok hattan pon sound direct jah kak nab kena at least 3 tahun kelas vokal tapi ada yang berani kecam beliau?
Quote Mulotkoyak 26-3-2021 10:21 PM
Orang lain jujur dgn ko ko xbole terima pulak kan...so same je laaa..ko buat org bole..org buat ko xbole... so better keep ur voice SILENT
Quote Orix 26-3-2021 11:07 PM
Memang pun. Ko x belajo dari kesilapan ke dlu gigih bg tweet2 acah bagussss ujong2 ko ngn janda ko pun ke lautan hindi. Pstu ada hati nk tweet2 lg. Pigidah. Suara kau pun hausss
Quote LadyCarefree 27-3-2021 08:01 AM
user.name: sebab ko tu pismedon bekas repah gittew? ko tengok tok hattan pon sound direct jah kak nab kena at least 3 tahun kelas vokal tapi ada yang berani keca ...


Biasalah netizen.

Hana buang mak kahwin lari pon masih dipujapuja. Sebab apa? Konon dia terlalu cantik. Habis mak dia pula yg dihina difitnah.
Quote Nenolen 27-3-2021 09:29 AM
La benda betul pun tak leh tegur ker...bukan nyer pismidun menghina pun...seriusly kaki sentap netizen semua....
Quote merrissa 27-3-2021 11:44 AM
Ahahahhaa baru dia tau si nabila ni anak emas. Konon nak troll, akhirnya makan diri sndri
Quote monamogai 27-3-2021 11:58 AM
Nenolen replied at 27-3-2021 09:29 AM
La benda betul pun tak leh tegur ker...bukan nyer pismidun menghina pun...seriusly kaki sentap netiz ...

Ciknab is netzfavoritas. Xleh ckp lelebeyh... Nnt netizen henchap.
Quote kiah_mai_pulak 28-3-2021 11:07 AM
tahikkkk lah kau
Quote Chriatina 28-3-2021 11:36 AM
Quote chinta89 28-3-2021 12:25 PM
dah mmg x berbakat mcmna boleh sampai ajl x tau la....

apebenda x leh sentuh langsung psl nabelah nih suara dh ke laut sgt nk nafi ape?
Quote asamfish 28-3-2021 12:40 PM
Dah.  Lain kali nak tego , gi tego depan2, cakp ape yang kurang....meh abang ajar...bukan merempan kat socmed....itu bbnu tu yang dok merepan meroyan meratap kat socmed.
Quote tumpanglalu74 28-3-2021 12:53 PM
Bumper budak Nab ni yek..  Tu ramai syok.
Quote anony-mous 28-3-2021 02:38 PM
Sori iols side apis. Suara nab mmg xsedap lgsg
Quote anony-mous 28-3-2021 02:38 PM
LadyCarefree replied at 27-3-2021 08:01 AM
Biasalah netizen.

Hana buang mak kahwin lari pon masih dipujapuja. Sebab apa? Konon dia terl ...

Kan. Klau hat muka buruk mati karier kena kecam

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.095215 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top