Pelakom Nina Iskandar meluahkan rasa bengang dengan tindakan segelintir pihak yang tergamak menipu untuk mendapatkan bantuan dengan cara mudah.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Story, Nina atau nama sebenar, Nur Akmalina Iskandar, 30, memaparkan perbualannya dengan seorang wanita yang ingin memohon bantuan untuk membeli barang keperluan anak-anaknya. Enggan tertipu, aktres kelahiran Brunei itu kemudiannya meminta wanita itu mengemukakan bukti salinan kad pengenalan namun individu berkenaan gagal berbuat demikian. "Dunia ini ada macam-macam jenis manusia... macam-macam taktik scammers, malah ada yang tak terjangkau dek akal kita.
"Kita ni pun kena juga berhati-hati pada setiap masa. Nak bantu orang terutama dalam talian, sila berjaga-jaga, jangan bantu orang tanpa berfikir, takut kita pula yang terkena. "Kepada sesiapa yang selalu minta bantuan, tolong belajar meminta dengan cara yang betul, dengan adab yang betul. Bila anda terlalu mendesak, ia membuatkan orang takut nak membantu," katanya.
|
Belibis: Gumuknya acik nina.mana wajahmu ' Andai Itu Takdir' dulu dulu.
ADVERTISEMENT