Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.
Bukan saja di Malaysia, sukatan pelajaran yang akan dihasilkan menerusi kajian itu akan diguna pakai di Singapura dan Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. Awi berkata, sebelum ini dia bersama syarikatnya, Newsantara aktif untuk membantu golongan autism terutamanya kanak-kanak. "Jadi, apabila pihak UiTM nampak mengenai aktiviti ini, mereka mempelawa saya untuk bekerjasama dan membawa program ini ke peringkat antarabangsa.
"Sekarang, kajian yang dijalankan adalah bagaimana untuk menggunakan muzik sebagai salah satu terapi buat pesakit autism dan sukatan pelajaran yang akan diwujudkan bakal digunakan di Malaysia, Singapura dan Dubai," katanya kepada Harian Metro. Berkongsi mengenai pembabitannya dalam membantu anak-anak autism, Awi berkata, dia memulakan langkah ini ketika memilih untuk berehat beberapa tahun lalu.
|
Adrif replied at 27-3-2021 11:38 AM
tak semua ASD ni boleh terima music therapy kan?
terutamanya yang ada hypersensitiviti. secara spes ...
LadyCarefree replied at 27-3-2021 09:42 AM
Harap bapak aredam xsesama tetiber tunggang effort ni atau meroyan sangkal. Dia tu semua orang xbetu ...
putriTS replied at 28-3-2021 12:46 AM
I pun ada terfikir benda yg sama, tapi xnak la ckp apa2. I ada gak beli EO, tapi bukan untuk anak. ...
LadyCarefree replied at 28-3-2021 01:51 AM
Xde masalah nk guna aromatherapy tp dia mcam tunggang sakit anak dia like people tunggang ugama ju ...
ADVERTISEMENT