Pelakon baru, Jabir Meftab, 21, tidak kecil hati dengan komen 'pelakon kayu' diluahkan pengarah drama Shah Alam 40,000, Isma Yusoof dalam perkongsian dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
Jabir yang juga pelakon drama itu berkata, dia sangat menghargai komen-komen diluahkan pengarah berkenaan untuk memperbaiki kelemahan dirinya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. "Saya tak pasti komen yang dibuat itu dia tuju pada saya atau pelakon lain. Bagaimanapun, saya sangat hargai komen diberikan dan saya ambil sebagai positif. "Saya pun masih baru dalam bidang ini. Jadi komen-komen itu saya ambil sebagai satu teguran dan peringatan untuk diri. Bayangkan kalau saya sudah berlakon agak lama, tapi tak pernah tahu apa kelemahan yang perlu diperbaiki, payah juga," katanya kepada Harian Metro.
Jabir yang mula berlakon pada 2018 sebagai pelakon tambahan berkata, dia meminati bidang lakonan sejak kecil dan menyimpan impian menjadi pelakon terbaik suatu hari nanti.
|
giyomi replied at 27-3-2021 11:31 AM
nampak cam gayah, tp tulah, klu ada rupa semua ok, wlpon kayu ttp diterima tanpa komen oleh @Kurex a ...
kivio replied at 27-3-2021 07:23 PM
Mata kiri ke mata kanan naik teksi dah sembilan hengget
ADVERTISEMENT