Obsesnya peminat terhadap artis pujaan mereka sememangnya wujud sejak dahulu lagi hingga mewujudkan peminat susah mati (die hard fan). Golongan ini lah yang memeriahkan dunia seni hiburan dalam mengangkat artis kegemaran mereka. Antara trend yang dipopularkan netizen ialah 'The way he looked to her...." khas ditujukan kepada artis yang melangsungkan perkahwinan terutamanya mengusik peminat yang terlalu kagum ini. Selepas Mira-Emir, kini Lofa-Haris pula trending. Maka, berduyun-duyun lah usikan terhadap peminat pasangan ini. Rupa-rupanya, komen-komen ini sudah berlangsung sebaik sahaja akad nikah selesai dengan Lofa dan Riz berada di pelamin. Ayat-ayat seperti “The way haris look at Lofa”, “The way Lofa pegang janggut Haris”, “The way they holding hand” memenuhi ruang media sosial. Bagaimanapun, ada juga yang menyampah dengan kehangatan berita sebegini. |
friedfishsoup replied at 28-3-2021 11:13 AM
Dah mula dah
friedfishsoup replied at 28-3-2021 11:13 AM
Dah mula dah
ADVERTISEMENT