CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Sekeluarga Maut Bertembung Treler

29-3-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6563| Komen: 49

KUANTAN: Empat sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak, maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler mengangkut kenderaan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, kira-kira 195 kilometer dari sini, awal pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam nahas jam 4.10 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta jenis Perodua Myvi terbabit, Marlianna Abdul Muid, 37, dan adiknya Marlia, 36, akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, dua mangsa kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, yang berada di bahagian penumpang belakang kereta itu pula disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Kesemua mangsa beralamat di Banting, Selangor.

Foto: PDRM


"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna dari arah Kota Bharu, Kelantan, ke Selangor cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi tidak berjaya sebelum bertembung treler dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan kereta mangsa remuk di bahagian hadapan, menyebabkan bantuan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Namun, Kamarulzaman berkata, pemandu treler yang berusia 42 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan kenderaannya turut rosak.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –CARI

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 29-3-2021 02:35 PM
Aduh. Pepagi buta tu. Ngantuk ke apa nak cepat. Memotong xclear. Moga bertabahlah yg hidup jgn sedih sangat.
Quote mrsamz 29-3-2021 03:00 PM
Rentas negeri.....
Quote ~boolean 29-3-2021 03:14 PM
Jalan kampung ke..? Payah ke nak memotong jam 4 pagi di jalan kampung?

Harapnya bukan kerana kereta depan buat sial nampak kereta nak potong dia pandu laju2 tak bagi potong...
selalu kena macam ni di jalan kampung/satu lorong..
Quote pearl.silver 29-3-2021 03:29 PM
Hmm...
Takziah la buat keluarga mangsa..

Tapi...
Kat jln ni, kereta plat D mmg suka bawa macam......... Jln bapak dia.
Quote Boomibulat 29-3-2021 03:55 PM
Innalillah..kalau boleh elakkan berada di jalanraya time2 mcm tu..
Quote AKAZ85 29-3-2021 04:11 PM
pearl.silver replied at 29-3-2021 03:29 PM
Hmm...
Takziah la buat keluarga mangsa..


Betul la tu... Sejarah kakyung maki hamun pemandu bangang otak letak kat pedal minyak ni kebanyakannye plat D la ni...
Quote sukacactus 29-3-2021 04:14 PM
Td ada news ni melintas kat fb, mangsa ank bekas ketua kg kat morib
Quote insulin 29-3-2021 04:15 PM
Semoga highway csr cepat siap....
Quote addved 29-3-2021 04:33 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun takziah buat keluarga mangsa. Sedih & ngeri at the same time.
Quote zamnie 29-3-2021 04:35 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote renko 29-3-2021 04:41 PM
dorng nk kemana?
Quote Belibis 29-3-2021 04:46 PM
Nak motong ni memang macam berjudi laa.untung sabut timbul,untung batu,boleh isap.
Quote auntieagony 29-3-2021 04:48 PM

A'ah lah, baru perasan.

Drp Kelantan ke Selangor.

Org perempuan pulak drive dan di subuh su'ie pulak.

Pasti ada penjelasan yg munasabah. Insya Allah

Quote Nenolen 29-3-2021 04:50 PM
Innalillah...
Quote azie5zoe 29-3-2021 05:15 PM
Mereka dari kawasan iols. Asal orang Morib.  Hantar adik mereka yg bernikah dengan orang Kelantan.Pagi sangat waktu nak balik semula ke Morib. Sempat juga tengok status wassap adik dia yang Marlia tu(last seen jam 11.30 malam), minum redbull untuk menahan ngantuk katanya, yang memandu kakak dia, Marliana cuba memotong bas tapi tak lepas.
Quote mawardia 29-3-2021 06:41 PM
Kawan i ols punya bff. Sedih bff dia.
Quote Rogue98 29-3-2021 06:53 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Sedihnye....semoga mereka ditempatkan Di kalangan orang2 yang beriman...Aminnn. .
Quote notM 29-3-2021 06:59 PM
Edited by notM at 29-3-2021 07:06 PM

Orang luar kalau masuk Pahang hati2 la lalu jalan Pahang....sebab banyak 1 lane je....x macam Selangor 2 lane.

Org Pahang pangkah BN entah apa diorg dapat...kalau Perak tu ada jugak la beberapa KM jalan 2 lane untuk memotong.

Quote TomyamPuteh 29-3-2021 07:02 PM
Keburukan konvoi. Kereta yg ketinggalan sibuk nk ikut kereta yg dh ke depan.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.110570 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top