CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emelda Rosmila Minta Netizen Jangan Menyibuk Persoal Perkahwinan Neelofa

29-3-2021 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16723| Komen: 132

 Pelakon Emelda Rosmila tampil menempelak netizen yang suka ‘menjaga tepi kain orang lain’ supaya membersihkan hati daripada sibuk meninggalkan komen tidak sepatutnya kepada orang lain.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, isteri kepada pengarah, pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli itu sebenarnya menegur sikap segelintir netizen apabila mempersoalkan majlis perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa dengan Haris Ismail pada Sabtu lalu.

Foto: IG


“Manusia boleh jangan jadi busy body (penyibuk) sangat tak? Orang nak kahwin letak berlian dekat pelamin pun biarlah. Tak usik duit kita pun. Semua benda nak tegur, kehidupan kita pun banyak kekurangan.

“Jangan asyik nak sibuk dengan kehidupan orang lain. Betulkan diri sendiri dulu. Boleh tak belajar untuk gembira bagi pihak orang lain?” kata pelakon drama Manjalara itu.

Menerusi hantaran itu juga, pelakon berusia 41 tahun itu turut meminta netizen supaya tidak terpedaya dengan kata-kata hasad daripada orang lain sehingga sanggup meninggalkan komen mengutuk orang lain.



“Kenapa serba-serbi nak menyibuk? Dia nak kahwin dekat bulan pun biarlah, nak letak kebun bunga dekat pelamin biarlah, nak turut daripada jet pejuang dekat pelamin biarlah. Apa kena mengena dengan kita?” katanya.

Dalam pada itu, Emelda turut meminta netizen supaya tidak terlalu terpedaya dengan hasutan syaitan dan banyakkan berdoakan untuk kesejahteraan orang lain.

“Jangan cepat terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan. Orang mendirikan masjid kita doakan untuk dia. Bukan asyik nak kecam sana sini,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, Emelda turut meninggalkan pujian terhadap perkahwinan Neelofa dan Haris kerana mengadakan majlis perkahwinan yang cukup indah.



“Neelofa dan Haris nampak sangat cantik. Pelamin dia pun cantik serba putih nampak suci. Sebenarnya ringkas sahaja perkahwinan mereka. Tetamu yang datang pun serba putih, pakaian sopan.

“Artis yang tidak bertudung pun selfie (swafoto) selendang dekat kepala. Nampak manis. Jemputan ulama pun ramai. Alunan zikrullah hampir sepanjang majlis pernikahan yang disaksikan para malaikat,” tulis Emelda.



Terdahulu, majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dengan pasangan Haris Ismail, 26, telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. -CARI

Sumber: Kosmo Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 29-3-2021 03:05 PM
Dia pun nak jugak
Quote ciksaenara 29-3-2021 03:08 PM
Ngko pon sama takyah sibuk hal netizen
Quote lil_bratz 29-3-2021 03:08 PM
Kalau orang lain nak menyibuk biar lah... kenapa emelda ni nak menyibuk orang lain menyibuk. ko pun sama je kan
Quote toet2meoww 29-3-2021 03:09 PM
Artis yang tidak bertudung pun selfie (swafoto) selendang dekat kepala. Nampak manis.Jemputan ulama pun ramai.


owh, maksudnye kalau dalam tetamu jemputan kau ade ulama, ade pak menteri, so kau boleh buat ape yg kau nak sesuka hati ke?  
Quote Tudungpink 29-3-2021 03:12 PM
retis2 ni bercakap memang x tgk cermin yer... Boleh la geng lobenak....
Quote ejrazak 29-3-2021 03:14 PM
Serious la sheols ni baru 41thn??? Kenapa selama ni rasa dia late 40s
Quote AshkieLa 29-3-2021 03:17 PM
Edited by AshkieLa at 29-3-2021 11:21 PM

eleh.. dulu time si zarina ann-julie tu kecam si black n the geng kes B40 masa PKP dulu..
minah ni pun sibuk enterframe jugak kan siap membawang dalam whatsapp group...
sampai kes saman menyaman skang ni kan...
skang acah2 plak hati bersih, netizen hati hitam......yihhh.. P.O.Y.O

dasar ko pun sibuk hal netizen.. buat hal ko je dahlaa...
Quote kaseh80 29-3-2021 03:19 PM
Bila retis tak habis belajar komen bodoh je
Lah yg boleh dibuat betul tak?
Quote Nenasketum 29-3-2021 03:20 PM
Netizen pun menyibuk bukan pakai wifi password ko pon.
Seswatu sangat muka ko, macam umo 67 tahun dah.
Aku tetap meluat tengok laki ko, tu jer.
Quote mrsbale 29-3-2021 03:21 PM
“Jangan asyik nak sibuk dengan kehidupan orang lain. Betulkan diri sendiri dulu. Boleh tak belajar untuk gembira bagi pihak orang lain?”

Lor
Dah tu yg hg post ni apa

Org lain ni gembira xdak pa pun. Hg sorg ja..
Quote MadameOnion 29-3-2021 03:24 PM
ehhh diamlah ko..dah la senduuuu..menyebok pulak...sila kembali ke rahmatullah la
Quote newyork 29-3-2021 03:25 PM
Lopa ada jemput ka dia? Tak nampak penampakan..
Quote ekmal_sorrow 29-3-2021 03:26 PM
wat malu org perak jer....hahahahahah!

get lost......perangei seghope bajang.
Quote maxim 29-3-2021 03:28 PM
yg baju putih angkat ketiak tu, asal muka die nmpak mcm jubo
Quote BicaraHatiku 29-3-2021 03:29 PM
Habestuuu nk sibok dgn retis cam ko yg x pernah naik2 nama ineh?
Quote laksmanabentan 29-3-2021 03:30 PM
Nenasketum replied at 29-3-2021 03:20 PM
Netizen pun menyibuk bukan pakai wifi password ko pon.
Seswatu sangat muka ko, macam umo 67 tahun  ...

sukahati la kan.... bukan mintak sedekah dari dia pun tuk beli data...hahaahhahahaa.......
Quote shoyuna 29-3-2021 03:31 PM
Masalahnya ada ka yang tanya pendapat sheols ni?
Quote ~boolean 29-3-2021 03:31 PM
mata dia macam ikan kembung kat pasar..
Quote sayang 29-3-2021 03:33 PM
Netizen minta Emelda jangan menyibuk kalau netizen nak menyibuk persoal majlis kawen lofa pon..

done kutip kacang!

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.110139 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top