JAKARTA – Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting kelmarin mendedahkan bahawa dia tidak pernah makan tempe seumur hidupnya, lapor laman berita Suara Banten hari ini. Pengakuannya dalam satu video yang tular itu mendapat kecaman daripada netizen kerana tempe merupakan makanan kebiasaan orang Indonesia. Ayu menerusi saluran Youtube Lucinta Luna berkata, dia tidak biasa memakan tempe kerana tidak pernah diajar makan makanan itu oleh ibu bapanya sejak kecil. “Sejak dulu saya takut untuk makan tempe dan memang tidak gemarkannya. “Bukan mengada-ngada, sebaliknya ayah tidak pernah memberi saya makan tempe ketika kecil. “Jadi, jika ada orang yang memberi saya tempe, saya pasti tidak akan memakannya,” ujar Ayu. Bagaimanapun, pelantun lagu Alamat Palsu itu baru-baru ini mencuba tempe goreng celup tepung yang dibuat oleh ayahnya sendiri dan mula sedar bahawa anggapannya selama ini meleset sama sekali. “Selama ini, saya melihat tempe yang digoreng tanpa ada tepung. Ternyata, apabila mencuba tempe yang digoreng dengan tepung ini, rasanya enak sekali,” jelasnya. Sejak itu, Ayu mula menyukai makanan itu namun hanya memakan tempe yang digoreng dengan tepung. – Agensi
|
Perawankota replied at 30-3-2021 07:45 PM
Jarsng mkn tempe.. Tapi sekali sekala dpt mkn sedap gak.. Lagi2 yg hiris nipis2 tu
Raline replied at 30-3-2021 08:28 PM
tebal2 la sedap
ADVERTISEMENT