Kehilangan bapa tersayang pada 19 Mac lalu cukup mengganggu tumpuan pelawak Achey hingga menyebabkan dia gagal membawa kumpulannya, Mashuk untuk mara ke peringkat separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS).
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah juga mendedahkan dia berdepan trauma dan badannya menggigil sebelum naik ke pentas MLS yang berlangsung pada Jumaat lalu, iaitu genap seminggu selepas kematian bapanya. Namun demi tanggjawab dan tugas, pelawak berusia 35 tahun ini tetap meneruskan persembahan biarpun hati berasa serba salah untuk berjenaka dalam keadaan dia masih bersedih. "Sebenarnya untuk pengetahuan semua, saya ada minor trauma. Sebelum ini tak pernah kena... tapi malam suku akhir tempoh hari, saya menggigil masa nak naik pentas untuk buat persembahan.
"Memang sangat pelik. Walaupun saya mampu untuk buat persembahan, tapi tidak sebaik pada malam sebelum ini. Saya dengan arwah sangat rapat dan pemergiannya memang memberi kesan. "Sejujurnya saya rasa bersalah... mungkin sebab saya, Mashuk tersingkir. Sebab masa buat persembahan, saya ada terfikir 'aku ni nak buat kelakar untuk orang padahal bapa baru meninggal'. "Tapi itulah tanggungjawab dan tugas yang saya terpaksa dilakukan," kata Achey kepada mStar. Achey turut berterima kasih kerana ahli kumpulan Mashuk yang lain iaitu Shuk Sahar dan Mark Adam kerana memahami situasinya ketika itu. Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terindah ini memberitahu ibunya antara individu yang memberi kekuatan untuk meneruskan persembahan pada malam itu selain isteri dan rakan-rakan baik. Menurut Achey, dia juga meminta ibunya untuk menutup televisyen kerana tidak mahu persembahan lawaknya ditonton memandangkan seisi keluarga juga sedang dalam tempoh berkabung.
|
Nenasketum replied at 31-3-2021 09:02 AM
Aku allergy melampau ngan dia nih.
Macam bapak dia sorang jer yang meninggal. Kenapa orang macam n ...
ADVERTISEMENT