Kakak kepada Sharifah Sakinah yang juga penyampai radio Sharifah Shahirah menyokong apa sahaja tindakan adiknya yang dirasakan baik untuk dirinya sendiri. Meski turut rasa sedih, namun Shahirah mengakui apa yang dilakukan demi kebaikan diri dan status kesihatan aktres kontroversi itu.
“Saya bukan tak sedih, tapi dia dah besar dan dia pun ada keluarganya sendiri. Begitu juga dengan saya. Semua sudah ada kehidupan masing-masing. “Kalau dia buat keputusan untuk berpindah ke luar negara, tipu kalau saya tak sedih sebab Sakinah tidaklah seteruk seperti yang orang lain sangka. “Saya yang jaga Sakinah daripada dia kecil dan dia seorang adik yang sangat baik, dengar kata. “Saya teringat masa jaga dia dulu, dia seorang anak yang sangat bagus dan dia bukan jenis anak yang suka melawan mak ayah,” katanya kepada MH.
Tambahnya, dia terbuka dan menyokong pilihan adiknya itu selagi tidak memberi impak yang tidak baik di samping mendoakan agar Sakinah sembuh daripada penyakitnya. Difahamkan, Sakinah merancang untuk meninggalkan tanah air bagi menjalani rawatan penyakit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT