Ramai dikalangan selebriti memilih untuk tidak terlalu menonjol menunjukkan minat mereka dalam dunia politik atas sebab tertentu. Namun ada juga yang terus membabitkan diri dalam dunia politik dan secara terus terang melontarkan kecenderungan dan pendapat secara terbuka terhadap sesuatu parti. Antara beberapa selebriti yang cukup dikenali dan pernah mewarnai arena politik tanah air adalah Aishah, Dira Abu Zahar, Herman Tino, Datin Anne Ngasri, Azwan Ali dan ramai lagi. Terkini, Datuk Afdlin Shauki pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan harapan dapat berkhidmat kepada masyarakat.
Menurut Adflin, PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan. Nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat. Tambahnya lagi, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilalui juga banyak mencetus keinsafan dalam diri. "Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya. "Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR," kata Afdlin kepada Astro AWANI ketika dihubungi. Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang. Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri. "PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain. "Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada," kata Afdlin lagi.
|
"Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.
Mopiko replied at 31-3-2021 01:40 PM
siapa yang memenjarakan dia. atok ke? kiranya dia memang tak bersalah ke walaupun angkut ti ...
isbritneybich replied at 31-3-2021 02:18 PM
lama nya nak terbuka, dia dah lama maafkan kot haha
support lgbtq rupanya. takkan terkesima denga ...
tompie replied at 31-3-2021 02:20 PM
silap timing bro..
aku rase partai ni yang mcm dah takda halatuju.
Perjuangan nak bebaskan anwar d ...
ADVERTISEMENT