CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Lalu Duduk Depan Rumah, Pemandu Lori Selamba Buang Sisa Najis Haiwan

31-3-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2470| Komen: 8

Tindakan seorang pemandu lori dengan selamba membuang sisa najis haiwan berhampiran Persiaran Kledang 1, Kampung Tersusun Kledang Utama di sini mengundang resah penduduk.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu menyebabkan penduduk terpaksa hidu bau busuk sehingga rasa mual.



Abd Razak menunjukkan tempat pemandu lori membuang sisa najis berhampiran rumahnya. (Gamabr kecil: Abd Razak Ramli)

Perbuatan pemandu lori itu disedari seorang penduduk yang terlihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan memasuki lorong rumahnya dan terus membuang najis haiwan dipercayai babi di tanah kosong bersebelahan.

Penduduk, Ibrahim Yop Mohd Nasir, 44, berkata, isterinya sempat mengambil gambar lori berkenaan, bagaimanapun tidak berjaya merakam nombor pendaftaran disebabkan kabur.

"Saya balik rumah lihat guni putih mengandungi cecair kehitaman seperti najis bertaburan di dalam semak. Ada yang sudah pecah dengan isinya bertaburan.


"Kami sangka tahi ayam tetapi ada yang memaklumkan ia serupa seperti najis babi. Kami terus rasa loya dan tidak lalu duduk di hadapan rumah," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Menurutnya, bau busuk itu boleh dihidu lebih 200 meter apabila jiran-jiran termasuk di Taman Tun Sambanthan bersebelahan turut mencari punca bau itu.


Guni putih yang mengandungi najis haiwan pecah dibuang seorang pemandu lori hingga menyebabkan bau busuk. (Penduduk sempat menangkap gambar lori yang membuang najis berhampiran rumah penduduk, Gambar kecil: Ibrahim Yop Mohd Nasir)

"Kami yang tinggal bersebelahan bau busuk itu sangat menusuk hidung tidak kira siang atau malam. Sebelum ini kami sekeluarga bersantai di luar rumah, tapi sekarang terpaksa menutup pintu dan tingkap kerana bau terlampau kuat.

"Keadaan itu menyebabkan muka rasa gatal-gatal. Setiap kali balik rumah, pakaian akan rendam terlebih dahulu kerana bau yang melekat, begitu juga dengan ampaian terpaksa dialihkan," katanya.

Katanya, aduan sudah dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada hari sama.

Seorang lagi penduduk, Abd Razak Ramli, 67, berkata, kejadian itu adalah pertama dialami selepas 26 tahun menetap di kawasan berkenaan.

"Kami kecewa dengan sikap pemandu lori yang ambil mudah membuang sisa najis tanpa memikirkan kesan yang dihadapi penduduk di sini.

"Sememangnya tanah ini kosong dan ada yang buang sisa binaan di sini tetapi yang ini sangat teruk. Bau sangat kuat lagi-lagi ditiup angin," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Zulqarnain Mohamad berkata, jabatan berkaitan sudah menerima aduan tersebut.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan untuk mengambil tindakan segera.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 31-3-2021 04:13 PM
gila jahatnya pemandu lori tu
Quote sharlenetexas 31-3-2021 04:22 PM
Tauke babi mana yg upah pemandu lori tu?
Quote Belibis 31-3-2021 04:36 PM
Bodo betul..kalau pegi letak kat kebun2,dah tentu dapat jual 7_8 hengget satu guni.
Quote imransulaiman 31-3-2021 04:42 PM
Aku pula yang geram! Tak kisah lah taik ke apa ke...tapi perbuatan membuang sisa macam tu memang bedebah sangat! Pantang nampak kawasan macam tu...mesti nak dilonggokkan segala sisa!
Quote Kurex 31-3-2021 04:50 PM
Sebijik macam perangai sorang supamod tu
Quote Adrif 31-3-2021 04:54 PM
teruk nye perangai, buang kat kawasan perumahan
Quote kuchibambam 1-4-2021 02:59 AM
Kurex: Sebijik macam perangai sorang supamod tu

Hahahaha..sila share siapa
Quote sukacactus 1-4-2021 06:18 AM
Taik kucing pun dah busuk gila, ini kan taik babi
Tokey babi pun dah serupa haiwan ternakan
Pihak berkenaan cepat2 la ambik tindakan
Harap2 viralkan baru cepat buat keje

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.031146 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top