Seorang penunggang motosikal dipercayai berusia lingkungan 40-an dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Aeon Bukit Indah, Johor Bahru. Video rakaman dashcam pemandu berhampiran berdurasi 22 saat itu menunjukkan, penunggang berkenaan muncul dari bahagian kiri dan terus menuju ke tengah jalan walaupun lampu isyarat masih merah. Tidak diketahui sama ada lelaki itu memang sengaja ke hadapan atau motosikalnya mengalami kerosakan. Dia yang memberhentikan motosikalnya di tengah jalan dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang tldak sempat mengelak. Mangsa dilanggar di bahagian betis kanan terlebih dahulu sebelum badan dan kepalanya terhentak di cermin depan kereta yang kemudian terjatuh di jalan.
Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu tetapi di media sosial, netizen berpendapat kemalangan itu tidak akan berlaku sekiranya mangsa bersabar menunggu lampu hijau. Para pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal adalah dinasihatkan untuk tidak melanggar lampu isyarat merah. Kebanyakan hari ini anda mungkin selamat, tetapi sekiranya nasib tidak menyebelahi, anda mungkin boleh terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa. Jangan disebabkan kecuaian diri, keluarga anda kehilangan orang tersayang. Apatah lagi anak-anak yang kehilangan tempat bergantung kasih sayang. Lihat Video di bawah Loading FB Video... Sumber: kedah version |
hareeeesah replied at 1-4-2021 01:30 AM
Gaya macam motor dia rosak dia tolak pakai kaki. Kaki tu kalau kelajuan enjin motor takpe la nak red ...
belacan_gurl: Terutama utk budak foodpanda dgn grabfood.....selalu sgt langgar lampu isyarat pernah sekali depan mata melulu kuar...kena langgar xtau nk kesia ...
Adrif replied at 1-4-2021 01:54 AM
kan. rasa macam something wrong je ngan motor dia.
dulu aku pun hampir accident, tapi myvi tu sem ...
hareeeesah replied at 1-4-2021 01:30 AM
Gaya macam motor dia rosak dia tolak pakai kaki. Kaki tu kalau kelajuan enjin motor takpe la nak red ...
Boomibulat replied at 1-4-2021 01:09 AM
Rasanya motor dia x rosak..cuma dia panik bila ada keter menuju kearah dia..x tau nak buat ape..mati ...
hareeeesah replied at 1-4-2021 01:57 AM
Banyak kali aku ulang video ni. Even dari tepi motor tu dia dah tolak dengan kaki. & maybe macam y ...
gigahertz replied at 1-4-2021 11:03 AM
i pernah beli moto 2nd.
moto i beli tu nak hon kena off lampu.
nak on signal kena off lampu.
kivio replied at 1-4-2021 10:32 AM
Puak-puak gitu tak layak dibantu sis
Baru bertemu buku dengan ruas
ADVERTISEMENT