CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Juga Perlu Bantuan, Bukan Semua Hidup Mewah,"-Norlia Ghani

1-4-2021 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3610| Komen: 19

Disindir mengapa perlu dibantu ketika insan lain yang dikatakan lebih memerlukan diuji pandemik COVID-19, hakikatnya, bukan semua anak seni hidup mewah dan bergelumang glamor.


Hilang sumber pencarian apabila industri kreatif 'lumpuh' pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu, anak seni termasuk artis veteran dan kru masing-masing bergelut meneruskan kehidupan pada era mencabar ini.

Bintang veteran, Norlia Ghani berkongsi cerita hidupnya yang tidak terkecuali mula merasa kesan daripada penularan COVID-19.


Foto: IG

Mengaku kecil hati apabila segelintir netizen menempelak mengapa artis 'sengkek' hingga perlu dibantu, Norlia yang cukup popular dengan watak 'Joyah' dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an, bersyukur masih ada pihak yang prihatin dengan penggiat seni.


"Cucu pernah beritahu mengenai komen netizen terhadap artis mengapa teruk sangat meminta-minta bantuan umpama 'sengkek'.

"Hakikatnya, kita tidak meminta, sebaliknya, ada pihak yang bermurah hati memberikan pertolongan," katanya yang memilik tujuh cucu.

Ditemui pada majlis santai 'Dari Hati Ke Hati' anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di ibu negara, baru-baru ini, Norlia mengaku kurang menerima tawaran berlakon sejak COVID-19 menular.



"Sebagai pelakon veteran, situasi lebih teruk dan terlebih 'bahaya' apabila tawaran berlakon kurang diterima," katanya kepada BH Online.

Norlia berkata, dia masih memerlukan pendapatan bagi membayar sewa rumah, bil elektrik dan air serta keperluan kos hidup lain.

"Barangan keperluan dapur boleh diusahakan di mana anak saya juga membantu. Tetapi saya perlu wang untuk menampung kos hidup," katanya yang pernah merangkul trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002.

Sementara itu, pemain dram kumpulan Sons of Adam, Ruzlan Omar akur operasi kelab malam belum mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) biarpun hilang sumber pendapatan.


"Kami sebagai artis yang membuat persembahan di kelab malam, tidak mahu 'kacau' pasaran artis jalanan yang dibenarkan beraksi di premis tertutup.

"Namun, saya bersyukur, rezeki masih ada biarpun tidak banyak. Sejak fasa pertama PKP, saya mencari rezeki dengan menjual minyak wangi mesra solat," katanya yang mengaku dibantu anak-anak untuk menyara hidup.

Sementara itu, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, berkata tidak adil memberi tanggapan semua anak seni perlu 'disuap' ketika berdepan impak penularan COVID-19.



"Jangan ingat semua artis Malaysia kaya. Segelintir sahaja yang hidup mewah. Macam sekarang, bukan semua golongan seni boleh meneruskan survival.

"Sekarang, pelakon boleh bekerja kerana penggambaran dibenarkan. Namun, ada pekerja seni lain seperti penyanyi kelab dan jalanan serta artis veteran yang berdepan kesukaran," katanya.

Freddie berkata, sejak lapan tahun lalu, KARYAWAN mengambil inisiatif membantu penggiat seni sama ada melalui tabungan sendiri atau sumbangan badan lain.

"Awal tahun ini, Yayasan Aeon Malaysia tampil menghulurkan bantuan. Untuk tempoh enam bulan, Aeon memberi bantuan pek barangan dapur diagihkan kepada 500 ahli," katanya.



Selain Norlia dan Ruzlan, artis veteran lain seperti S Rohani; Asheed Def Gab C dan penyanyi jalanan, Bob Sentuhan turut menghadiri sesi berkenaan.

Tidak ketinggalan, Presiden Yayasan Aeon Malaysia, Datin Yasmin Ahmad Merican. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-4-2021 09:49 AM
Ntah la joyah... Sebab tu kena menabung.. tapi ntah la joyah.. kalau mintak bantuan mcm marhaen oklah, tapi kalau nk hak istimewa tu yg layak dimaki tu..
Quote damian_lee 1-4-2021 09:52 AM
Yang orang persoalkan sebelum ni
Peruntukan bantuan istimewah
Quote bulalof 1-4-2021 09:52 AM
kahkahkah...

what makes this so called 'artist' ni kena dpt special treatment?

masa ko tgh laku, sekali dpt job sama dgn gaji rakyat marhaen 2 ke 3 bulan. Ko ada menabung x?

masa tgh loaded ada ko memberi pd yg memerlukan?

bila dah takde duit, nak cara senang pulak dgn meroyan minta dibantu. usahalah sehabis baik. ramai lagi manusia kat luar tu yg kais pagi makan pagi. ko faham x?
Quote pxlbb 1-4-2021 09:52 AM
ye, boleh je semua masuk golongan B40 dan terima bantuan as B40 so tak payah la ada group artis, group nasi lemak, group taxi driver, group takoyaki, group cocojar etc. aku simpati dgn orang susah. yang dah kaya atau middle income jgn sombong dgn orang miskin.
Quote mzzay 1-4-2021 09:54 AM
Hmmm taktau nak husnuzon acane
Quote keds 1-4-2021 10:03 AM
Mohon jela macam orang lain....
Quote krustykrab 1-4-2021 10:19 AM
Kalau masa muda2 time korg byk duit..korg flex mcm2 kemewahan korg, korg patut tau bukit kalau ditarah pun lama2 botak...dh tua2 korg harap gomen nk bantu pulak, mcm bodo kot...
Quote CiliPadiSedap 1-4-2021 11:05 AM
artis pun rakyat malaysia ikut saluran rakyat malaysia lah, kenapa nak guna privilege sebagai artis, bukan artis je terkesan ramai banker, travel agency, dan industri collapse sebab pandemic. kena buang kerja. rumah kena lelong.

so unfair lah privilege untuk artis . pilot yang kena buang kerja stewardess pun tak minta privilege. lhdn ada rekod database artis yang mana layak untuk bantuan.. jadi dont worry mohon je saluran betul melalui agensi gov.. zakat dan agensi lain pun ada saluran untuk mohon bantuan

Quote CiliPadiSedap 1-4-2021 11:06 AM
artis pun rakyat malaysia ikut saluran rakyat malaysia lah, kenapa nak guna privilege sebagai artis, bukan artis je terkesan ramai banker, travel agency, dan industri collapse sebab pandemic. kena buang kerja. rumah kena lelong.

so unfair lah privilege untuk artis . pilot yang kena buang kerja stewardess pun tak minta privilege. lhdn ada rekod database artis yang mana layak untuk bantuan.. jadi dont worry mohon je saluran betul melalui agensi gov.. zakat dan agensi lain pun ada saluran untuk mohon bantuan

Quote CaqJora 1-4-2021 11:25 AM
Kalu nak mohon bantuan mohon je la seperti mana rakyat marhaen yg lain sbb korang pun rakyat Malaysia. Tp yg nk demand special treatment atas tiket 'retis/ank seni' tu buat masyarakat menyirap. Apa penting sgt dema tu sampai nk diberi hak keistinewaan lbh dr rakyat biasa..
Quote dudaberhias 1-4-2021 11:28 AM
Memang tak ramai hidup mewah, yang tengah mewah2 tu sekarang je. Lagi 20 tahun macam lain2 jugak minta bantuan.
Quote mobic 1-4-2021 11:29 AM
Rasanya boleh je artis terima bantuan macam golongan marhaen. Terima BPN, zakat, JKM ikut kelayakan. Tak perlu pun nak kena ada satu bantuan khas untuk diorang. Tak perlu la rasa macam berjasa sangat pada negara sampai perlu bantuan khas untuk artis
Quote remotechiever 1-4-2021 11:31 AM
Itu sebab ada setengah parents memang kaw kaw lah tak bagi anak2 jadi artis. Sebab orang tua tau akibat macam nilah. Gaji tak tentu arah. Tak permanent mcm yg ada kerja professional career.
Quote asamfish 1-4-2021 11:37 AM
True.  Karyawan seni pun perlu dibantu, tetapi bukanlah dibantu dengan cara istimewa.  Perlu ikut saluran seperti pekerja2 lain yang kehilangan sumber.  Yang buat orang marah dan jelek, apabila segelintir karyawan seni yang meminta untuk diberi keistimewaan itu ini atau dikecualikan itu ini.  Sekali lagi soft reminder utk karyawan seni yang masih muda/generasi muda, sila2 lah buka akaun kwsp dan carumlah ke dalam kwsp setiap bulan, sekurang2 nya ada tabungan semasa darurat seperti pandemic ini.  
Quote tipah89 1-4-2021 12:28 PM
aku xphm kenapa retis2 ni susah sgt nak paham, xdak sapa kesahla ko nak mintak bantuan apa pon, tapi mintakla bantuan sama mcm rakyat lain mintak, bukan mintak special mentang2 ko retis, retis tu kerjaya, kerja sama cam org lain kerja nurse, kerani etc2 bukan golongan. tu yg netizen dok bising sbb retis2 ni sebokkkk nk bantuan KHAS utk retis.
Quote tokchik 1-4-2021 12:29 PM
Joyah dok menyewa ke?
Quote bungarose 1-4-2021 12:58 PM
Iyer tapi waktu bergaji banyak naper tak beringat
Tengok ler retis muda sekarang nih
Menayang bag kereta bukan mahen
Buatler saving samer untuk hari tua
Quote eely_shana 12-12-2021 07:12 PM
Ye bukan mudah cari duit
Quote mendeluk 14-12-2021 03:26 PM
bulalof replied at 1-4-2021 09:52 AM
kahkahkah...

what makes this so called 'artist' ni kena dpt special treatment?

hehe setuju! they expect sebab title “artis” kena ada special treatment.
rasa2 artis yang sekarang ini, kalau dah 40 lebih ada tak yang mengulupur mcm ini minta bantuan, knowing gaji dorang bukan mcm orang kerja dkt mlc , glc, government etc

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047880 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top