CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Ada Masa Cari Bomoh, DJ Lin Jumpa Ustaz Rawat Penyakit 'Misteri'

1-4-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3259| Komen: 10

Penyampai radio, DJ Lin mendedahkan tahap kesihatannya kini bernasur pulih meskipun dia terpaksa memendekkan tempoh rawatan kerana urusan kerja.

Bagaimanapun, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menjelas dia tetap harus menjaga disiplin terutamanya bila melibatkan soal pemakanan dan waktu rehat.



Kredit foto: IG DJ Lin

“Alhamdulillah, saya sebenarnya baru je keluar dari hospital tiga minggu lepas. Sebenarnya, doktor nak tahan lebih lama.

“Tapi saya kata tak boleh sebab ada beberapa perkara penting di stesen radio yang harus saya uruskan.

“Namun, saya tetap kena disiplinkan diri dari segi pemakanan, waktu rehat dan tidur yang mencukupi,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, DJ Lin turut menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti medoakan kesihatannya.



“Saya berterima kasih kepada peminat yang banyak mendoakan saya lebih-lebih ketika saya dimasukkan ke ICU. Ramai yang anjurkan solat hajat dan beri kata-kata semangat untuk saya.

“Bagi saya ini semua satu rahmat dan anugerah buat diri saya. Tanpa peminat saya bukan siapa-siapa. Saya sihat sekarang ni pun sebab doa-doa dari peminat.

“Hanya Allah yang dapat balas budi baik kalian,” katanya lagi.

Ditanya mengenai soal rawatan alternatif, ini reaksi yang diberikan oleh penyampai segmen Suria Cinta itu.



“Pasal penyakit saya ni, saya sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan. Doktor sendiri tak boleh kenal pasti.

“Macam-macam ujian dah dibuat sampai saya dimasukkan ke icu selama sembilan hari. Tiada sebab-sebab yang kukuh saya diserang penyakit ini.

“Saya rasa, pada masa yang sama tak salah untuk saya ikhtiar cara alternatif. Alhamdulillah dengan kombinasi kedua-dua rawatan ini, inilah keadaan saya sekarang.

“Rawatan alternatif tu bukalah tradisional sangat. Saya pun tiada masa nak cari bomoh-bomoh semua ni. Saya hanya berjumpa dengan ustaz,” akhirinya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hazzy0304 1-4-2021 03:24 PM
Semoga diberikan syifa & kesembuhan dj lin.
Quote doubleA 1-4-2021 03:59 PM
Gws. I lebiu dj lin. Sakit misteri la eh siannya
Quote marikhgirl 2-4-2021 06:54 AM
Semoga cepat sembuh. Dah berzaman tak dgr suria cinta
Quote Nenasketum 2-4-2021 09:01 AM
Bomoh kat Cari ni pun ada iklan sis, depa ada website gitu. Hahaha
Quote Rotipitadaging 2-4-2021 09:12 AM
Mst ramai peminat apetah lg haters....suka dgr suara dj lin wpun kdg2 cam sheram kalau dgr mlm2....
Quote BicaraHatiku 2-4-2021 09:30 AM
Rotipitadaging replied at 2-4-2021 09:12 AM
Mst ramai peminat apetah lg haters....suka dgr suara dj lin wpun kdg2 cam sheram kalau dgr mlm2....

knp sherammm?

Quote jargon 4-4-2021 01:32 AM
Dj lin ni dh naik pangkat lg..jd GM dkt suria...jd bos dah
Quote annadonna 4-4-2021 02:14 AM
Bagus gitu pergi doktor dulu. Bila doktor pun tak tau punca barulah pi tradisional. Ini sikit2 santau sikit2 sihir padahal diabetes
Quote fealefea 5-4-2021 08:08 PM
Hairan, DJ paling top pon komen 8 je. Betul ke die DJ yang ramai fans. Kalau menang mesti rasa cam palsu jah.
Quote royaldanish 5-4-2021 09:58 PM
GWS
Tak faham org masih guna benda2 tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048154 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top