Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, 25, sekali lagi menegaskan hal berkaitan keluarga adalah hal privasi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum. Mahu menjaga aib, pelakon filem Langsuir ini bagaimanapun turut mengharapkan ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.
“Sejujurnya bagi saya perkara yang berlaku terlalu peribadi, masalah keluarga. Cuma apa yang bezanya, saya seorang ‘public figure’. “Saya percaya ramai lagi di luar sana yang ada masalah masing-masing. Mungkin bukan masalah keluarga tetapi mungkin ia melibatkan soal kewangan, peniagaan, perhubungan dan sebagainya. Tapi inilah masalah saya. “Jadi saya tidak mahu buka aib sesiapa. Saya mahu menjaga mengenai hal tersebut. Yang penting kami bahagia. “Apa yang boleh saya harapkan ialah mendoakan yang baik-baik. Jangan fikir negatif atau pun buat spekulasi sendiri. Kita semua ada masalah, cuma situasinya sahaja yang berbeza,” katanya kepada MH.
Suami Hannah, Imam Shah,32, reda dengan apa yang berlaku dan mereka saling menyokong di antara satu sama lain. “Apa yang berlaku melibatkan kami bersama. Jadi suka atau tidak, kita sama-sama terima. Susah senang bersama, nak buat macam mana,” katanya. Sementara itu, Hannah turut menjelaskan tiada banyak beza perubahan yang dialami selepas bergelar isteri, selain dia dan Imam saling melengkapi. “Saya bersama suami sebelum masuk industri seni di Malaysia lagi. Kita pun sudah lama juga mengenali antara satu sama lain. “Bila sudah sah bergelar suami isteri, antara bezanya ialah kami ada di antara satu sama lain setiap masa,” katanya. Bercakap mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan tersebut tidak menolak andai dikurniakan rezeki zuriat selepas ini. “Kami percaya kepada rezeki, tidak mahu merancang. Kalau ada rezeki, adalah. Tiada target yang tertentu. Kami pun sukakan kanak-kanak, terutamanya Imam,” kata Hannah.
|
missHaidiD: Aku slalu dgr ceramah2. Ada ustaz dr indon kt walau kau himpun hrta seluruh dunia kt kaki mak ko pun ko tak kn dpt bls pengorbanan mak ko lahirkan ko ...
Moyangkucing replied at 1-4-2021 07:06 PM
Raaa macam nak cili kan si hanah ni...
lavendernovella replied at 1-4-2021 05:02 PM
Yg iol perati apa2 isu , kalau orang dalam isu tu cantik jelita, hensem bergaya, tak jadi apa bende ...
BicaraHatiku replied at 1-4-2021 10:16 PM
Knp nok???
tasha replied at 1-4-2021 10:21 PM
Kalau ct sarah berbakul2lah kena cerca...yg cantik cm hannah ni katanya kita doa yg baik2 saja
Moyangkucing replied at 1-4-2021 10:47 PM
Hehehe.. saja......... sebab menyampah kot.. mentang2 dah pakai tudung, bajet suci sangat... ...
lavendernovella replied at 1-4-2021 05:02 PM
Yg iol perati apa2 isu , kalau orang dalam isu tu cantik jelita, hensem bergaya, tak jadi apa bende ...
gideoncross replied at 1-4-2021 11:02 PM
Mcm kes PU Riz, prnh ada psl bebird pun org boleh lupa kn, lgi2 bila dh jdi laki Neelofa, lgi lh o ...
lavendernovella replied at 1-4-2021 11:35 PM
Manusia memang suka memandang luaran.
ADVERTISEMENT