CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Binatang apa pandai mengaji?" Lawak teka-teki Dato Awie dianggap keterlaluan

2-4-2021 02:24 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14183| Komen: 34



Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai lawak teka-teki oleh penyanyi rock terkenal, Dato Awie dalam satu rancangan realiti tv, Muzikal Lawak Superstar.

Awie yang juga selaku juri ada bertanyakan satu teka-teki kepada perserta rancangan tersebut tentang binatang apakah yang pandai mengaji? dan jawapan yang diberikan adalah serigala.

Video tersebut telah mengundang rasa tidak senang dan juga kritikan ramai. Salah seorang pengguna Facebook yang bernama Sulaiman An-nuuri tampil berkongsi pendapat dan teguran mengenai kejadian itu.

Saya dimaklumkan tentang teka teki Awie dalam Muzikal Lawak Superstar. 


Awie bertanyakan soalan binatang apakah yang  pandai mengaji. Jawapannya adalah serigala (sambil baca taawudz berlagu) "audzubillahi minasyaitan nirrajim".


Bagi saya perkara ini tidak lawak dan tidak boleh diterima. Kerana agama bukan alat mainan. Bukan juga bahan untuk dijenakakan. 

Lebih-lebih lagi taawudz ini merupakan doa para nabi dan rasul. 


Bacaan ini jugalah yang diajar kepada kita supaya dapat melindungi diri dan hati daripada godaan syaitan. Juga untuk melindungi diri daripada perkara yang boleh memudaratkan agama kita atau memalingkan kita daripada kebenaran seperti kata Imam Ibn Katsir. 


Maka bila kita meminta perlindungan kepada Allah SWT, bermaksud kita meminta bantuan kepada-NYA agar kita diberikan kekuatan. Ini sebagai bentuk kebergantungan kita kepada Allah SWT semata-mata. 


Saya pasti Awie tidaklah berniat untuk mempersendakan agama. Tetapi perkara ini perlu diingatkan atas nama nasihat menasihati sesama saudara seagama. Apatah lagi Awie adalah seorang selebriti yang dikenali ramai. Tidak ada jalan yang lebih terbaik melainkan adalah perbanyakkan istighfar dan bertaubat memohon ampun kepada Allah. Kerana DIA lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Hamba yang fakir,

Nur Sulaiman

#MuzikalLawakSuperstar2020 #MuzikalLawakSuperstar2

#MLS2020


Loading FB Video...


Mungkin tidak sengaja dan tanpa niat untuk mempersendakan agama, Awie dengan spontan memberikan teka-teki tersebut dan tidak perasan bahawa ianya sangat tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak apatah lagi ketika bersiaran di televisyen yang ditonton jutaan orang. 

Ya lah, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Diharapkan pelawak-pelawak tanah air juga lebih peka dan sentiasa mengelakkan dari membuat lawak tentang agama kerana ianya akan mengganggu sensitiviti ramai. 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 2-4-2021 02:33 PM
dah kenapa?? bukan dia dulu selalu bising ke kalau peserta lawak buat lawak mainkan agama.
yang gelak pulak ramai...kat mana lawak ntah
Quote miss_wawa 2-4-2021 02:36 PM
Dalam masa yg sama, Awie tegur kumpulan uni jgn buat lwk yg ada unsur sensitiviti/agama sbb diorang nyanyi lagu intifida then tukar ke lagu ct sarah. I is konfius plak dgn Awie ni.
Quote jiwarasa 2-4-2021 03:02 PM
baru je baca dia komen pasal tabligh keluar 40 hari..ni buat lawak macam ni pulak..
Quote husna_amal 2-4-2021 03:02 PM
awie pun terchiduk dengan keterlanjuran dia tu.
Quote riena3321 2-4-2021 03:10 PM
knp serigala
Quote CiliPadiSedap 2-4-2021 03:22 PM
lepas ni boikot stesyen tv lawak cmni. kita support cariforum pula
Quote awanysss 2-4-2021 03:37 PM

nanti kalau ada yg dah jawab bgtau aku sekali..
aku pun tak dpt relate..
Quote kucingitam 2-4-2021 03:41 PM
ingat aku sorang slow tak dpt tangkap apa relatednya serigala dgn mengaji
Quote mdhelmi 2-4-2021 03:55 PM

sbb salakan dia
aaaauuuuu..........zubillah (saja disambung mcm lawak padahal tak lawak pon)

Quote maxim 2-4-2021 04:00 PM
awanysss replied at 2-4-2021 03:37 PM
nanti kalau ada yg dah jawab bgtau aku sekali..
aku pun tak dpt relate..

Tgk la video tu
Quote awanysss 2-4-2021 04:05 PM

ohh.. nasib ada yg jawab atas komen uols ni..
over ye gurau camtu..
Quote Nenasketum 2-4-2021 05:25 PM
Binatang suma boleh mengaji, depa taat pada Allah TA, ko plak camner Awie? Boleh ke ngaji
Quote Joysparta 2-4-2021 06:29 PM
Dia buat boleh,..org len buat xleh ..
Quote b_n_c 2-4-2021 08:11 PM
miss_wawa replied at 2-4-2021 02:36 PM
Dalam masa yg sama, Awie tegur kumpulan uni jgn buat lwk yg ada unsur sensitiviti/agama sbb diorang  ...

ha a....

dh kenapa plak dia ni..
yg nyanyi intifada tukar ke lagu ct sarah, x nmpk kt part mana mengejek agama, lawak serigala tu lg nampak mengejek...
Quote JalaEmas 2-4-2021 08:14 PM
miss_wawa replied at 2-4-2021 02:36 PM
Dalam masa yg sama, Awie tegur kumpulan uni jgn buat lwk yg ada unsur sensitiviti/agama sbb diorang  ...

.. dah tua ganyut.. nyanyuk la tuu, lupe ape yg pernah die sound org.. kohkohkohkoh
Quote Carcosa 2-4-2021 11:21 PM
Me'ols masa tgk live kat TV, dah terdetik dah masa tu.
Eh boleh ke melawak mcm ni
Dahla serigala tu family dia dogs. Aku beristighfar je masa tu. Rasa mcm tah hapa2 retis ni
Quote Lentera 2-4-2021 11:41 PM
Sebut pasal tokwi ni, aku pelik sikit. Murah sgt dia bg 5 bintang kt lawak yg mengajuk gaya org lain.
Terhibur sgt nmpknya dia tang tu..
Quote chuckiey 2-4-2021 11:48 PM
mdhelmi replied at 2-4-2021 03:55 PM
sbb salakan dia
aaaauuuuu..........zubillah (saja disambung mcm lawak padahal tak lawak pon)

Ooo baru dpt faham kaitannye
Quote fido_dido 3-4-2021 07:00 PM
miss_wawa replied at 2-4-2021 02:36 PM
Dalam masa yg sama, Awie tegur kumpulan uni jgn buat lwk yg ada unsur sensitiviti/agama sbb diorang  ...

iols baru nk komen mcm ni..pdhal xnampak kt mana sensitiviti tukar lagu tu pon..apoo awie nih

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048092 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top