CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dia Guna Gambar Aku Kacau Perempuan, Hantar Gambar Kemaluan'

2-4-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3981| Komen: 16

Maruah pemuda ini tercalar apabila ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya untuk melakukan penyamaran dan membuat gangguan seksual.


Kredit foto: Twitter


Menurut Syed Muhammad Nadeem Syed Noh, 20, perkara itu mula disedari sejak tahun lalu dan dia turut menerima beberapa aduan mengenai hal tersebut.

"Saya jadi mangsa selepas saya pernah tular di Twitter dan Instagram pada tahun 2020. Masa tu saya buat content untuk media sosial.

"Selepas orang mula kenal saya, ada yang curi gambar untuk kacau perempuan. Ramai juga yang maklumkan kepada saya.

"Individu itu menggunakan Telegram dan menghantar mesej bertanyakan nombor telefon, alamat serta soalan-soalan yang membuatkan perempuan jadi takut," ujarnya kepada mStar.

Bermula dengan penyamaran biasa, individu itu kini turut melakukan gangguan seksual dengan menghantar gambar lucah menerusi Telegram kepada sasarannya.


"Yang terbaharu pula, dia kacau makin melampau. Buat gangguan seksual. Dia minta gambar perempuan yang diganggu, dia juga hantar gambar kemaluan sendiri.

"Saya pun terkejut bila bangun tidur dan dimaklumkan oleh kawan mengenai kejadian terbaharu ini," ujarnya.

Bagi mengelakkan kekeliruan, anak keempat daripada lima beradik itu turut membuah hebahan dan penjelasan di Twitter.



Kredit foto: Twitter

"Nama saya tercemar disebabkan perkara ini. Walaupun orang sekeliling kenal saya macam mana, saya tetap rasa kecewa ia berlaku.

"Ramai juga yang minta saya laporkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Setakat ini saya cuma maklumkan penjelasan sebenar di media sosial dan Alhamdulillah, mesej itu sampai.

"Kalau makin melampau, mungkin akan buat laporan," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nadeem turut berharap individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu agar berubah dan tidak lagi menggunakan gambarnya.

Menurut Nadeem, dia pada tahun lepas banyak menghasilkan content video berkaitan kucing peliharaan serta video pembuatan kek.



Namun katanya, dia mula memperlahankan perkongsian di media sosial semenjak kejadian itu menimpa dirinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princess_kunang 2-4-2021 04:57 PM
ye ke org guna pic dia..nape tiba2 rasa x percaya
Quote diiyanazakaria 2-4-2021 05:07 PM
Lapor jelah..xyah setakat2 ni..nama ko jgk yg kena
Quote tikusmontok 2-4-2021 05:21 PM
bau2 ikan kering
Quote bakingsoda 2-4-2021 05:48 PM
eh lapor je la melainkan....
Quote mikasa 2-4-2021 05:59 PM
Bau ikan masin
Quote giyomi 2-4-2021 06:01 PM
yelar tu...siannya 'orang' yg pakai gmbar ko tu, rabun agaknya.
Quote Normabaru 2-4-2021 07:23 PM
Darkside diri sendiri ke tewwww
Quote tripleid 2-4-2021 08:16 PM
Hudohnya..
Quote ~boolean 2-4-2021 08:41 PM
"Jeffrey" tu hantar gambar totey masih lagi kau tak mahu report polis..mana lah orang tak syak bau ikan dik...

nak tunggu melampau celah mana lagi...
Quote Jorja 3-4-2021 05:29 PM
Letak watermark la bro
Quote Kurex 4-4-2021 10:53 AM
Yelah dik... Dulu orang guna gambar ioos siap tipu duit lagi. Ada orang letak gambar iols dalam tumblr.. tapi sebab adik helok, iols ok je
Quote dani-rox 4-4-2021 01:26 PM
terkenal sgt ke twink nih? btw kiutnya sofea
Quote Punat_button 4-4-2021 01:31 PM
apa yang bau ikan?

masuk akal ja cerita budak ni

Quote 7doors 4-4-2021 03:53 PM
Kalu kacak org simpan jah p8c nudes awak..kalu muka suam2 selayknyalah dikeji
Quote L211 4-4-2021 04:59 PM
hahaha.. ok laa kira ada rupa gak berbanding si Double H tu.. geli ya amat.. acik 2 menopos giler batang padahal jantan tu gay terang 2 ..sanggup ye maki hamun ppuan 2 yg jadi mangsa (tak jadi) scammer yg up muka gay kertu tu.. sekrg ni kurang laa post mgundang maki hamun & cyberbullying sbb ada mata 2 melihat aktiviti di FB dia.. kesian
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2021 05:04 PM
Dick pic satu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066594 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top