"Agak-agak ada tak nenek yang usia 23 tahun? Sebab atok ni sangat hot!" Jika dahulu, kata-kata usikan atau 'double meaning' ini hanya berlegar di kedai kopi atau dalam kalangan rakan terdekat sahaja, namun dengan peredaran teknologi maklumat, ianya makin di terima di media sosial. Lebih memalukan apabila yang menuturkannya bukannya lelaki tetapi terdiri juga dalam kalangan remaja perempuan. Sikap melampaui batas tersebut lebih terserlah apabila ada yang tidak malu-malu lagi mempelawa diri mereka sebagai pasangan kerana yang diusik adalah lelaki yang sudah mempunyai cucu! Disebabkan ciapan gadis tersebut, ramai pula yang sebayanya turut melontarkan usikan lebih kurang sama hingga ada yang berangan pelik-pelik. Lantaran itu, ada netizen yang meluahkan rasa kesal dengan hantaran berbaur seksual. Lebih dasyat, ia melambangkan sikap berat sebelah wanita apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Ibarat jika lelaki yang menulis ciapan tersebut, ia dianggap tidak sopan tetapi sebaliknya dengan wanita. Difahamkan lelaki tersebut ialah guru sekolah dan kerap menjadi model iklan komersial. Sementelah lagi, sudah mempunyai keluarga besar dan juga bercucu. Jadi, apa masalah segelintir remaja perempuan hari ini? "Some women sekarang memang dah hilang separuh rasa malu dalam isu sensitif ni. Martabat wanita mana eh?" Di era millenium ini, pelbagai perkara sudah kedengaran dan rasa malu telah hilang. Jadi, apa tindakan kita untuk menangani isu sebegini? Siapakah yang patut dipersalahkan? Remaja tersebut atau ibu bapa mereka? - CARI |
ADVERTISEMENT