Berbeza dengan pelakon seangkatan dengannya yang tidak berpuas hati dengan barisan pelakon baru (Instafamous), aktor berbakat besar Tony Eusoff mempunyai cerita sebaliknya. Di Twitter, Tony, 44, menceritakan yang dia dihampiri pelakon baru dengan soalan bagaimana mendapatkan mood untuk adegan sedih, tetapi jawapan yang diberikan sangat mencuit hati. Berikutan itu, ramai netizen berasa terharu dengan ayat-ayat tersebut lalu mengambil keputusan untuk mengikuti Instagram pelakon yang sering memegang watak P.Ramlee ini.
Melihat interaksi Tony yang lebih santai bersama netizen membuatkan jumlah pengikutnya di Instagram turut bertambah. Jadi, terbuktilah bahawa bakat semata-mata tidak lagi relevan dalam dunia hiburan saat ini. Ianya perlu diiringi dengan populariti dan sikap yang disenangi masyarakat. Dan Tony Eusoff antara yang keluar dari zon selesa. - CARI |
slyfynx replied at 4-4-2021 10:48 AM
Tajuk mcm sampah
cicicumel replied at 4-4-2021 10:40 AM
ni mesti pelaokon Covid Oh Covid..instafemes tu budak lelaki Sabahan muka mcm Dafi tu
ADVERTISEMENT