CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Pertama Di Dunia Lahir Dengan 3 Kemaluan

4-4-2021 12:47 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3973| Komen: 10|Original author: Oleh: LilRose

Seorang bayi di Irak dilahirkan dengan tiga alat kemaluan, sekali gus menjadikan ia kes pertama di dunia yang dilaporkan dalam jurnal perubatan.

Menurut International Journal of Surgery Case Reports seperti dipetik Suara.com, doktor di Kurdistan mendakwa keadaan bayi itu dikenali sebagai triphallia.



Gambar hiasan 

Daily Mail melaporkan, bayi berkenaan berusia tiga bulan ketika diketahui memiliki tiga alat kemaluan dan tidak diketahui mengapa keadaannya itu tidak dikesan ketika dilahirkan.

Difahamkan, ibu bapanya berasal dari Duhok membawa bayi itu ke hospital kerana skrotumnya bengkak dan ada dua tonjolan kulit.

Menurut doktor, dua tonjolan itu adalah zakarnya sepanjang 2 sentimeter dan 1 sentimeter. Bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan tidak berfungsi selain tidak memiliki uretra.


Hingga kini, belum ada laporan lanjut menunjukkan sama ada dua alat kemaluan itu terhubung ke sistem reproduksi. Malah, hanya satu daripadanya memiliki kepala zakar.


Gambar hiasan

Kali pertama kes supernumerary penis didiagnosis adalah pada 1609 di mana bayi lahir dengan lebih dari satu kemaluan.

Difahamkan, sekitar 100 kes bayi dilahirkan dengan dua zakar dilaporkan dalam jurnal perubatan dan hanya beberapa kes dilaporkan kedua-dua alat kemaluan itu berfungsi.

Sebelum ini, doktor di India mendakwa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lahir dengan tiga kemaluan dan tanpa dubur, tetapi kes itu tidak ditulis di dalam jurnal perubatan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-4-2021 12:50 PM
Cursed are you, little one?
Quote Atata 4-4-2021 01:52 PM
Aduina kesiannya.. ada masalah kerosakan genetik la tu. Mungkin emaknya ada tdedah dgn radiasi
Quote makadek 4-4-2021 02:07 PM
Mengapa tuhan cipta dia mcm ni
Utk uji kepakaran manusia utk selesaikan hal serumit ni
Quote Skuau 4-4-2021 04:00 PM
'The Truth Is Out There'.
Quote ifanonline 4-4-2021 04:09 PM
apabila besar kelak, bayi ini perlu mencari wanita yg mempunyai tiga faraj
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2021 04:33 PM
ifanonline replied at 4-4-2021 04:09 PM
apabila besar kelak, bayi ini perlu mencari wanita yg mempunyai tiga faraj

Wanita sememangnya ada 3 faraj, atas, bawah dan belakang
Quote darkness 4-4-2021 04:55 PM
Mudah2an salah satunya berfungsi secara normal
Quote batmana 4-4-2021 05:07 PM
kt india kn byk pencemaran,

aritu 1 kg. byk lahir kes kembar bayi paling byk  didunia
kes lahir byk jari, anggota tgn , kaki pun byk kt india
lagi kes kembar brcntum pn byk kt india smpai org kmpung sembah bdk ni.

Quote Xim 4-4-2021 11:32 PM
Thread dah ada....merge je la dgn https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1245441
Quote Buritan 5-4-2021 07:55 AM
makadek replied at 4-4-2021 02:07 PM
Mengapa tuhan cipta dia mcm ni
Utk uji kepakaran manusia utk selesaikan hal serumit ni

Bg aku pulakk..nak tunjuk kebesaran Allah.. bkn satu kote je aku boleh buat.. 20 kote punnnn bolehh.. manysia je belagak sombong dgn Allah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031477 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top