Seorang ahli politik memohon maaf selepas isterinya secara tiba-tiba melintas di belakang tanpa seurat benang ketika dia sedang mengadakan mesyuarat secara dalam talian (online).
Inkosi Xolile Ndevu, seorang pemimpin sebuah badan tradisional di Afrika Selatan ketika itu sedang berbicara mengenai kematian akibat virus Covid-19 di wilayah Cape Timur pada Selasa. Namun tanpa disedari, isterinya melintas di belakang dalam keadaan telanjang. Terkejut dengan 'pemandangan' tersebut, rakan-rakan sejawat yang turut mengikuti mesyuarat secara online itu kedengaran ketawa sebelum pengerusi, Faith Muthambi, segera mencelah. "Inkosi, orang di belakang anda tidak mengenakan pakaian. Kami melihat semuanya.
"Tolong, Inkosi, adakah anda memberitahu mereka bahawa anda sedang dalam mesyuarat. Ia sangat mengganggu," kata pengerusi berkenaan. Inkosi yang baharu menyedari perkara tersebut segera meminta maaf. "Saya benar-benar minta maaf. Saya fokus pada kamera dan bukan di belakang saya. Saya sangat malu. "Teknologi Zoom ini baru bagi kami dan kami tidak pernah dilatih," jelasnya mengenai insiden memalukan itu. -CARI Sumber: mStar/Dailystar
|
damsel_fiji replied at 5-4-2021 08:55 AM
adoii..lenkali blurkan la background tu..tak pon pakai je virtual background..x psal2 freeshow kan : ...
sukacactus replied at 5-4-2021 10:05 AM
Elok kalau zoom meeting kita duduk membelakangkan dinding
Xde sapa nak buat acara lintas hormat
opie5662 replied at 5-4-2021 08:52 AM
Ooooo... Ingat kan bini nazri ajis td..,
zuliana29 replied at 5-4-2021 01:27 PM
mujur tu isteri dia..
takut 'isteri' yg lain pulak..
ADVERTISEMENT