CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Nasi Goreng Lauk Garam, Ibu 10 Anak Dihalau Keluar Rumah Sewa

5-4-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 49048| Komen: 351

Gambar seorang wanita bersama barang-barang miliknya, termasuk sebuah peti sejuk lama, yang berselerakan di luar sebuah rumah di Bukit Mertajam mengejutkan ramai netizen semalam.


Rosliza Hassan, seorang ibu berusia 37 tahun dengan 10 anak, dilihat meratap di luar rumah satu tingkat yang pernah didiaminya sebelum diminta keluar oleh tuan rumah.

Sekeping lagi gambar yang menunjukkan anak bongsunya berusia tiga tahun merenung ke dalam peti sejuk lama berisi sisa makanan dari dua minggu lalu meruntun hati ramai orang.

Lebih parah lagi, wanita itu bersama empat orang anak lelaki dan enam anak perempuannya, berusia antara tiga dan 21 tahun, terpaksa hidup dengan hanya nasi yang digoreng dengan kicap setiap hari.

Sekiranya ada seulas bawang, ia sudah dikira mewah. Selalunya, itulah makanan mereka pada hari itu.



Foto: FB Steven Sim

Bercakap dengan FMT melalui telefon milik orang lain, Rosliza berkata, penderitaannya bermula pada 2009.

Rosliza memperoleh RM700 sebulan sebagai pembantu restoran. Suaminya berusia 40 tahun yang dinikahinya ketika berusia 16 tahun, selalu tiada di rumah.

Sejak 12 tahun lalu, beliau membayar RM500 untuk menyewa rumah satu tingkat di Taman Machang Bubok.

Kata beliau, suaminya yang tiada pekerjaan tetap “datang dan pergi” sesuka hati.

Keadaan hidup Rosliza sekeluarga bertambah buruk apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa tahun lalu kerana banyak kedai terpaksa ditutup.

“Kami tiada wang. Kami hanya makan ‘nasi goreng kosong’ dengan garam pada bulan Ramadan tahun lalu.

“Sehingga sekarang, tidak banyak yang berubah. Kadang-kadang, saya tambah bawang, bila ada,” kata beliau teresak-esak.

Anak perempuan Rosliza yang berusia 16 tahun terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan Dua untuk menjaga dua adiknya yang berusia tiga dan lima tahun.

Remaja itu juga membantu di restoran untuk mendapatkan wang.


Foto: FB Steven Sim

Anak sulung Rosliza, yang berusia 21 tahun dan sudah berkahwin, bekerja mengambil upah dan perlu menanggung keluarganya.

Rosliza menerima RM500 daripada badan zakat, tetapi permohonannya untuk mendapatkan bantuan kebajikan ditolak atas alasan zakat yang diterima sudah mencukupi.

“Lain orang lain rezekinya. Ada dalam bentuk kekayaan, kemasyhuran dan banyak lagi. Rezeki saya adalah anak-anak 10 orang,” kata beliau.

Pada petang Jumaat lepas tuan rumah meminta Rosliza keluar kerana rumah itu sudah dijual. Rosliza juga mempunyai tunggakan sewa.

“(Tuan rumah) meminta kami keluar rumah menjelang pukul 7 pagi. Kami tiada pilihan selain berkhemah di luar,” kata anak perempuan Rosliza yang berusia 16 tahun.

Nasib keluarga ini mula disedari seorang jurugambar prihatin, Keow Wee Loong yang sedang menikmati sarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah Rosliza.

Selepas bercakap dengannya, Keow memutuskan untuk memberitahu Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Sim tiba dengan segera untuk membantu keluarga ini dengan membawa mereka ke pasar raya berdekatan bagi mendapatkan barang dapur, peralatan elektrik dan keperluan lain.


Foto: FB Steven Sim

Selain itu, beliau membelikan mereka pakaian baharu untuk Hari Raya, menurut catatan beliau di Facebook.

Mereka kemudian ditempatkan di sebuah rumah yang dilengkapi dengan peti sejuk baharu serta barang keperluan lain.

Sewa rumah ini ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Parlimen itu sehingga Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang mendapatkan mereka sebuah unit PPR hari ini.

Pembantu Sim berkata, lebih RM10,000 dibelanjakan untuk melengkapkan keperluan keluarga ini, termasuklah deposit sewa rumah baharu mereka.

Sim tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Sim juga memberi komputer riba kepada anak-anak Rosliza yang berusia 7,10, 12, dan 14 tahun, sebagai sebahagian daripada perkhidmatannya untuk memberi akses pembelajaran dalam talian kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Rosliza berterima kasih kepada Sim kerana membantunya, dan wanita itu berharap suatu hari nanti, beliau dapat membuka gerai sendiri untuk menjual mi goreng, pasembor dan mi kuah.

“Ini adalah rahmat Allah buat saya. Setiap hari saya berdoa agar kehidupan saya menjadi lebih baik.

“Ramadan kali ini akan cukup istimewa buat kami, saya sangat bersyukur,” kata beliau. -CARI

Sumber: Freemalaysiatoday

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 5-4-2021 08:01 AM
Ebit Liew masih di Afrika ke..cpt la balik sini
Quote haryatie 5-4-2021 08:02 AM
Kata beliau, suaminya yang tiada pekerjaan tetap “datang dan pergi” sesuka hati.


fuhhhhh..10 anak..keje laki buat anak je la
Quote Decaffeinated 5-4-2021 08:06 AM
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."

Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak kesian pun dah malas
Quote Boomibulat 5-4-2021 08:07 AM
Edited by Boomibulat at 5-4-2021 08:10 AM
haryatie replied at 5-4-2021 08:02 AM
fuhhhhh..10 anak..keje laki buat anak je la

Alhamdulillah..tingkatan 4 (mungkin 3) dah sampai jodoh..
Quote 3chanceno 5-4-2021 08:18 AM
Decaffeinated replied at 5-4-2021 08:06 AM
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."

Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak  ...

Agree!letih dgn ayat nie
Quote 3chanceno 5-4-2021 08:19 AM
Dah tag Uztad Ebit belum??nanti uztad kirim pembantu dgn segera
Quote noor2 5-4-2021 08:19 AM
Kejam gila tuan rumah..

Apa salahnya ada belas kesian...
Quote noor2 5-4-2021 08:20 AM
Boomibulat replied at 5-4-2021 08:01 AM
Ebit Liew masih di Afrika ke..cpt la balik sini

Knp harapkan dia..kita pun boleh bantu personal...nak seribu daya...
Quote Boomibulat 5-4-2021 08:22 AM
noor2 replied at 5-4-2021 08:20 AM
Knp harapkan dia..kita pun boleh bantu personal...nak seribu daya...

Dia paling cpt sampai..
Quote ifanonline 5-4-2021 08:27 AM
wanita2 semacam ini sepatutnya di ambil sebagai isteri kedua, ketiga dan keempat...di manakah lelaki2 melayu yg beriman?
Quote noor2 5-4-2021 08:29 AM
Edited by noor2 at 5-4-2021 08:35 AM
Boomibulat replied at 5-4-2021 08:22 AM
Dia paling cpt sampai..


Masih ramai orang yg susah

Quote Nana_Man 5-4-2021 08:30 AM
Decaffeinated replied at 5-4-2021 08:06 AM
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."

Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak  ...

Agree... kalau 10 anak tapi serba-serbi cukup tu takpa.
Quote Nana_Man 5-4-2021 08:35 AM
noor2 replied at 5-4-2021 08:19 AM
Kejam gila tuan rumah..

Apa salahnya ada belas kesian...

Tuan ruma kejam tapi mgkn pasal dah jual, terpaksa suruh dorang kuar jgk.mgkn owner baru nk masuk cepat, nk renovate apa yg patut.  Lgpun family ni pun ada tungakkan sewa.
Nasib baik ada org yg prihatin. Tolong family ni cepat.
Quote Decaffeinated 5-4-2021 08:47 AM
Nana_Man replied at 5-4-2021 08:35 AM
Tuan ruma kejam tapi mgkn pasal dah jual, terpaksa suruh dorang kuar jgk.mgkn owner baru nk masuk  ...

Aku pun ada penyewa jenis gini.

Serik dah ada rumah sewa murah. Lepas ni aku concentrate rumah mahal ja. Cerewet is okay sebab aku pun cerewet.
Quote slyfynx 5-4-2021 08:47 AM
Maybe tuan rumah dah byk kali bg notis.
Nk cakap kejam pun xbleh jugak.
Maybe dah sgt lama and tuan rumah pun xde duit, terpaksa jual rumah.
Husband ko dah kenapa.
Quote Nana_Man 5-4-2021 08:50 AM
Decaffeinated replied at 5-4-2021 08:47 AM
Aku pun ada penyewa jenis gini.

Serik dah ada rumah sewa murah. Lepas ni aku concentrate rumah  ...

Biar cerewet asal tak menyusahkan.
Quote dudaberhias 5-4-2021 08:50 AM
Bukan salah tuan rumah sebab kan ada tunggakan, kira dia bagi ibu ni duduk free dah pun. Yang masalah adalah kenapa sampai 10 anak??? Bodohhh!

Apa2 pun walaupun iols kata akak ni bodoh iols tetap akan doakan dia murah rezeki dan divpermudahkan urusan2 dia.

Jangan ko beranak lagi sudah. Moga2 dia tak boleh timang cahaya mata lagi kalau tak mampu.
Quote Nana_Man 5-4-2021 08:52 AM
slyfynx replied at 5-4-2021 08:47 AM
Maybe tuan rumah dah byk kali bg notis.
Nk cakap kejam pun xbleh jugak.
Maybe dah sgt lama and tua ...

Aah... aku pun rasa tuan ruma dah bagi notis. Tak semestinya dia tuan ruma, dia takde masalah kewangan.
Quote airmineral 5-4-2021 08:53 AM
mau juga akak ni tahan dgn lakinya..huhu

Lihat semua komen(351)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057420 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top