Nama Shukri Yahaya tiba-tiba sahaja menjadi bualan hangat sejak minggu lalu selepas video Instagram live (IG live) dia bersama aktor Sharnaaz Ahmad menjadi tular.
Antara topik gurauan yang mencuit hati netizen ialah mengenai isu rentas negeri atas urusan kerja dan pelawaan untuk membawa Sharnaaz menaiki belon panas. Susulan itu ramai yang mula mengaitkan usikan Shukri atau nama sebenar, Mohd Shukri Yahaya, 33, itu terarah kepada mereka yang pernah ada kaitan dengan Sharnaaz. Tampil menjelaskan mengenai hal berkenaan, Shukri bagaimanapun menolak untuk dikaitkan dengan mana-mana pihak. "Dalam video itu saya hanya bergurau dengan Sharnaaz dan ia tidak melibatkan atau ditujukan kepada sesiapa.
"Semuanya memang perbualan spontan saya dengan dia. Sebenarnya, saya memang suka bergurau dengan Sharnaaz dan saya nak tunjukkan kepada peminat yang dia ni kelakar orangnya. "Yela, selalu dalam media sosial dia, orang nampak Sharnaaz macam seorang yang serius, sebab itu saya suka kacau kalau dia buat IG live. Saya ajak dia berborak agar peminat dapat tengok sisi lain Sharnaaz yang sebenarnya merupakan seorang pak lawak," katanya ketika dihubungi mStar. Berhubung gurauan Shukri mengajak Sharnaaz, 36, untuk menaiki belon udara panas, peminat membuat spekulasi bahawa perbualan mereka itu dilihat seperti ingin mengajuk cara lamaran usahawan Engku Emran Engku Zainal untuk Noor Nabila Mohd Noor Untuk rekod Noor Nabila adalah bekas isteri Sharnaaz dan kini sudah menjadi isteri Engku Emran pada 19 Mac lalu. Selain itu bapa kepada dua cahaya mata ini juga berkata persahabatan dengan aktor kelahiran Pulau Pinang berkenaan sedikit sebanyak mempengaruhi cara percakapannya. "Kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan memang suka bergurau kasar antara satu sama lain. Kalau borak dengan dia automatik akan bertukar cakap macam orang Penang... padahal saya orang KL. "Itulah penangan kalau dah rapat dengan Sharnaaz. Dalam drama memang orang nampak saya selalu berlakon watak macam lelaki serius dan bergaya macho tapi sebenarnya saya pun suka melawak dan bergurau macam Sharnaaz... itu yang kami boleh jadi kamceng," ujarnya lagi. Sementara itu bercerita mengenai perkembangan seni, drama terbaharu Shukri berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa lakonannya bersama Uqasha Senrose dan Marsha Milan kini ditayangkan di slot Mega Drama pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (123). -CARI Sumber: mStar Online
|
Temenung replied at 5-4-2021 01:03 PM
Gambar atas tu mamu dah ensem.cuma kena tebas jambang
makcun14 replied at 5-4-2021 02:59 PM
Tu diaaa.. kalau kakafaz cakap macam ni, mau meloncat lobenak . Tapi kalau nanaz and the gang tak s ...
matjerk replied at 5-4-2021 05:27 PM
IG belon tu pun..repost balik syuk pnh naik belon..
makcun14 replied at 5-4-2021 02:59 PM
Tu diaaa.. kalau kakafaz cakap macam ni, mau meloncat lobenak . Tapi kalau nanaz and the gang tak s ...
ADVERTISEMENT