Hati ibu mana yang tidak terusik jika ada pihak yang memperkecilkan dan melontarkan kata-kata kurang enak mengenai anak sendiri. Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila anak kecilnya digelar tidak normal gara-gara lambat bertutur.
Kisah ibu tersebut dikongsikan seorang doktor, Dr Redza Zainol di Facebook yang mana sehingga kini meraih hampir 500 perkongsian. Menurut penceritaan si ibu, anaknya dihantar ke tadika ketika berusia tiga tahun kerana dia mahu memberi pendedahan dan peluang agar kanak-kanak itu dapat bergaul dengan rakan-rakan. "Waktu itu, anak dia belum boleh bercakap langsung. Selepas berbincang dengan pengusaha tadika, mereka setuju untuk terima anaknya. Lega juga si ibu.
"Dalam hati, ada sekelumit rasa risau nak lepaskan anak ke tadika tapi niatnya cuma nak beri peluang pada anak untuk bergaul dengan kanak-kanak lain. "Mana tahu selepas dua hari, dia terima mesej yang anaknya susah nak dikawal. Dia tak pandai dengar arahan, tak boleh fokus dan hanya mampu merengek. "Di hujung mesej tu, 'Puan ambil balik anak puan. Dia ni peliklah. Tak normal'. Kecil hati si ibu. Masa dia cerita, wajahnya hampir menangis," tulis Dr Redza mengimbas kembali pertemuannya dengan wanita berkenaan. Menurut Dr Redza, walaupun berkecil hati, namun insiden tersebut menyuntik kesedaran buat wanita berkenaan lantas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi sepenuh tumpuan buat anaknya. "Dari situ dia tersedar dan mula bawa anak ke sesi terapi dan berjumpa doktor. Dia kata tiga tahun dok jaga anak tapi tak sedar pun anak perlukan bantuan. Dia dan suami sibuk dengan bermacam kerja sampai terlepas pandang hal begini. "Suaranya penuh dengan nada kecewa. Muka berkerut dan nampak kusut. "Waktu tu baru saya tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya jadi begini. "Saya pun kata begini. 'Setiap anak tu berbeza. Bukan salah sesiapa pun bila anak jadi macam ni. Ini ujian keluarga puan. Sekarang umur dia dah 5 tahun. Banyak dah kemajuan dia. Dah boleh bercerita, dah boleh kenal warna, dah mula urus diri sendiri'. Dia mengangguk. Nampak dia lega sangat. "Dia ucap terima kasih dan waktu tu saya boleh rasakan betapa bersungguh-sungguh dia ucapkan kalimat tu," cerita doktor ini lagi. Menurut doktor ini lagi, kes tersebut bukanlah kali pertama yang dihadapinya sebaliknya dia mendedahkan ramai ibu yang datang ke kliniknya mengalami situasi yang sama. Rata-ratanya khususnya ibu yang bekerja menyalahkan diri sendiri di atas apa yang dialami anak mereka. "Besar sungguh ujian kaum ibu ni. Untuk ibu-ibu, anak jadi begini bukan salah awak. Percayalah, apa saja keadaan anak, sebenarnya tak sedikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai seorang ibu dan ayah. "Sebab di antara semua manusia di dunia, tak ada manusia yang berfikir dua kali seperti seorang ibu. Sekali dia berfikir untuk dirinya, sekali lagi dia pasti akan berfikir untuk anaknya," katanya lagi.-CARI Sumber: mStar Online
|
lwyl: Betul ke orang tu tulis macam itu? Macam tak ada adab.
annehuda: budak umur 3 tahun ko sumbat masuk tadika ke makcik? kesian pulak aku ngan budak2 zaman skrang ni.
Dia dan suami sibuk dengan bermacam kerja sampai terlepas pandang hal begini.
ellejo: anak aku speech delay puas bawak ke doktor sampai aku tak berporem bertahun2. menangis takde bunyik air mata je keluar (which is sometime a bless)lama ...
manehnya replied at 5-4-2021 03:07 PM
sibuhk main henpon lalki bini , pastu anak pun di bagi henpon
byk spesis gini, pstu claim ana ...
ellejo replied at 5-4-2021 02:18 PM
anak aku speech delay puas bawak ke doktor sampai aku tak berporem bertahun2. menangis takde bunyik ...
buapakperut replied at 5-4-2021 02:57 PM
anak iols pun speech delay, nak hantar playschool sebab social lemah. dh buat terapi. takut benda2 c ...
menjad replied at 5-4-2021 02:58 PM
Dlm kelas aku ada 3 org mild autism... Tp masih bole belajar... Kbnykan pandai math tp bahasa mmg ke ...
ADVERTISEMENT