CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara 5 Tahun Kerana Bakar Rumah Berang Adik Jual Motor

6-4-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1156| Komen: 0

Tindakan seorang penganggur membakar sebahagian ruang rumah milik bapa kandungnya membawa padah apabila Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintahkan Mohd Fauzie Abdullah, 33, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 29 Mac, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di sebuah rumah di Kuala Krai, Mac lepas.



 Gambar hiasan

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 pagi pada 24 Mac, dengan membakar dapur rumah milik Abdullah Hamat, 68, sehingga menyebabkan kerosakan kepada pakaian dan barangan dapur di dalam rumah tersebut.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Fauzie bertindak sedemikian kerana bergaduh dengan adik lelakinya yang telah menjual motosikal milik keluarga mereka sehingga menjadi berang lalu mengambil pakaian adiknya dan membakar di ruangan dapur di lokasi berkenaan.


Pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman minimum manakala Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amer Sharifuddin memohon hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.024527 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top