Berdiri setempat ketika menggunakan eskalator adalah peraturan baru ditetapkan sebuah wilayah di Tokyo, Jepun yang berkuat kuasa 1 Oktober ini. Memetik Asahi Shimbun, peraturan itu menetapkan pengguna supaya tidak bergerak atau berganjak daripada posisi mereka ketika menggunakan eskalator. Peraturan hasil cadangan pihak berkuasa Saitama itu disokong Parti Liberal Demokratik (LDP), blok pengundian terbesar dalam perhimpunan berkenaan. Ketua Urusan Dasar LDP Shinichi Nakayashiki berkata, amalan yang sudah menjadi kebiasaan harus diubah selain perlu memastikan keselamatan pengguna ketika menggunakan eskalator.
Bagaimanapun, belum ada hukuman ditetapkan sekiranya ada pengguna melanggar peraturan berkenaan. Menurut laporan, 805 individu mengalami kecederaan akibat bergerak di eskalator antara Januari 2018 dan Disember 2019. Sumber: Harian metro
|
salmon-suki replied at 6-4-2021 09:37 AM
Meanwhile in msia, escalator lah tmpt dorg berlari..termasuk ai dulu time kejar lrt..bile terbaca y ...
tikusmontok replied at 6-4-2021 11:54 AM
kat msia setakat lari2 anak jer. kat jepun dorang mcm robot...btw kat msia ramai acik2 tersangkut ...
Artemesiaa replied at 6-4-2021 12:48 PM
Bagus juga sebab banyak bahaya dari tidaknya. Ada yang siap dengan luggage silap langkah dia dengan ...
Artemesiaa replied at 6-4-2021 12:48 PM
Bagus juga sebab banyak bahaya dari tidaknya. Ada yang siap dengan luggage silap langkah dia dengan ...
ADVERTISEMENT