Wajah comel anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira sering mencuri tumpuan pengikut di laman sosial. Keletah dan gelagat bayi berusia lapan bulan ini menjadi perhatian peminat hinggakan ada yang meminta Fasha melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.
Menjawab komen seorang pengikut di Instagram miliknya, Fasha, 37, berkata dia masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat. Namun, pelakon filem Anak Mami Kembali ini tidak menolak jika dikurniakan rezeki itu dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi. "Alamak! InsyaAllah tapi belum (masa) lagi la sis... Aisha masih kecil. Kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun," katanya.
Fasha membalas komen seorang pengikut yang memintanya menambah cahaya mata baharu dalam masa terdekat. "Fasha tolong beranak lagi... baby comel sungguh," tulis peminat tersebut. Aisha Amaira Mohd Aidil dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu. Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun. -CARI Sumber: mStar Online
|
lattehazelnut replied at 6-4-2021 02:58 PM
Comel.. tp byk ikut ayah kan.. org ckap kalau camtu sejuk kan..
ADVERTISEMENT