Menantuku anakku. Kedengaran seperti sinetron, tetapi itulah yang berlaku apabila seorang wanita mendapati menantunya adalah anak kandungnya yang lama terpisah. Daily Star melaporkan, dia menyedari perkara itu ketika hadir majlis perkahwinan anaknya di Suzhou, wilayah Jiangsu pada 31 Mac dan menyedari tanda lahir pada tangan pengantin perempuan, serupa dengan tanda lahir pada anak perempuannya yang hilang. Dia kemudian berjumpa dengan ibu bapa pengantin perempuan dan bertanyakan sama ada anak perempuan mereka merupakan anak angkat sejak lebih 20 tahun. Pertanyaan tersebut ternyata mengejutkan kerana ia menjadi rahsia selama bertahun-tahun. Justeru, pasangan itu mendedahkan bahawa mereka menemui seorang bayi perempuan di tepi jalan lebih 20 tahun lalu dan menjaganya sejak itu. Pendedahan mengejutkan itu membuatkan pengantin perempuan menangis kerana selama ini dia mahu mengetahui tentang keluarga kandungnya.
Malah, dia menyifatkan momen itu adalah lebih indah daripada hari perkahwinannya sendiri. Bagaimanapun, terdapat plot twist di sebalik kejadian itu apabila perkahwinan diteruskan selepas pengantin lelaki pula didedahkan sebagai anak angkat. Menurut laporan Oriental Daily, wanita berkenaan mengambil seorang budak lelaki sebagai anak angkat selepas berputus asa dalam pencarian anak perempuannya yang hilang. Menantu perempuan pada mulanya bimbang mengenai perkahwinannya bersama saudara kandung lega selepas dimaklumkan mereka bukan adik-beradik kandung. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT