CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seronoknya Semua Dapat LV Dari Kak Long, Tahun Ni Dapat Pakej Umrah Pula!

6-4-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16353| Komen: 79

Bukan satu, tetapi tujuh kejutan dibuat seorang wanita yang menghadiahkan barangan jenama mewah buat adik-beradiknya.

Satu video di aplikasi TikTok menunjukkan wanita berkenaan menghadiahkan barangan jenama fesyen terkenal dari Perancis, Louis Vuitton (LV) sempena hari jadi adik-beradiknya.



Kredit foto: IG Kak Bie

Menurut Hartini Sulaiman atau Kak Bie, dia merupakan anak kedua daripada lapan beradik yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima perempuan.

Anak perempuan sulung berusia 41 tahun itu berkata, kesemua barangan LV itu adalah hadiah yang diberikan sepanjang 2020 buat seorang abang dan enam adiknya yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Katanya, dia sendiri mahu menggembirakan mereka walaupun adik-beradiknya tidak meminta untuk dihadiahkan barangan berjenama atau mewah.






Mahu berkongsi rezeki dan kesenangan, katanya.

Difahamkan, hadiah LV tersebut berharga serendah RM6,800 sehingga mencecah RM12,000 sebuah, menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM60,000.

"Antara hadiah tersebut ada yang saya beli, beli secara online termasuk mendapatkan bantuan adik dan khidmat pembeli peribadi (personal shopper).

"Saya juga mendapat nasihat daripada adik-beradik lain serta jurujual di butik mengenai kualiti, warna dan material serta jenis yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Adik-beradik lelaki akan dapat LV, manakala perempuan dapat beg tangan LV," ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Kak Bie yang juga usahawan produk kecantikan sebelum ini pernah menghadiahkan mereka barangan kemas untuk perempuan dan jam tangan buat lelaki.

"Semua adik-beradik saya telah berkahwin, malah ada yang bergaji besar, tapi saya tetap mahu menggembirakan mereka dengan hadiah-hadiah berjenama," katanya.


Kredit foto: IG Kak Bie

Kak Bie berkata, dia amat berharap tanpa mengira apa jua dugaan dan cabaran yang perlu dilalui pada masa akan datang, hubungan mereka adik-beradik tetap kuat dan berkekalan.

"Bagi tahun 2021, saya merancang untuk menaja pakej umrah kepada adik-beradik sebagai hadiah hari jadi," katanya sambil menambah adik-beradiknya boleh menunaikan umrah secara percuma sebaik jemaah umrah dari Malaysia dibenarkan untuk menunaikan ibadah itu.



Terdahulu, wanita itu pernah tular kerana menghadiahkan telefon bimbit dan gelang emas kepada dua pembantu rumahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Homewrecker 6-4-2021 12:06 PM
Sape ni oooiii
Quote makneng 6-4-2021 12:09 PM
Whoryusssss???? Peghak buih sgt
Quote KBW2 6-4-2021 12:23 PM
sapo ni hukaloh
Quote dua_chzy 6-4-2021 12:24 PM
Akak syak itu fake items.
Quote kechikchomel 6-4-2021 12:36 PM
founder produk apa ni?
Quote watymuchaz 6-4-2021 12:40 PM
Skrng kalo jadik ponder kena dtg ngan pakej riak ke? Saje je tanya.. Sbb byk sangat plak keluar ponder2 cmni. Skrng gigih ponder promosikan diri ngan lifestyle drpd promosikan produk.
Quote awanysss 6-4-2021 12:56 PM
watymuchaz replied at 6-4-2021 12:40 PM
Skrng kalo jadik ponder kena dtg ngan pakej riak ke? Saje je tanya.. Sbb byk sangat plak keluar pond ...

kena tgk siapa gurunya..

tp in a way, kalau kite nmpk dia kaya,
mesti produk dia laku,
produk laku = produk bagus

itu la mentality biasa2..
sbb tu founder timbang kilo kaya..
bodohkan camtu je
Quote sarah82 6-4-2021 12:57 PM
watymuchaz replied at 6-4-2021 12:40 PM
Skrng kalo jadik ponder kena dtg ngan pakej riak ke? Saje je tanya.. Sbb byk sangat plak keluar pond ...

Aku 2-3 hari ni terjebak layan video2 tiktok.. Yezaa.. Mmg founder2 oem ni semua tunjuk kehidupan kaya raya depa..
Quote watymuchaz 6-4-2021 01:00 PM
Edited by watymuchaz at 6-4-2021 01:01 PM
awanysss replied at 6-4-2021 12:56 PM
kena tgk siapa gurunya..

tp in a way, kalau kite nmpk dia kaya,


Ada yg guru femes tu pon.. Biz x ke mana.. Jual air liur je.. Tu pon org boleh jadikan idola..
Quote watymuchaz 6-4-2021 01:01 PM
sarah82 replied at 6-4-2021 12:57 PM
Aku 2-3 hari ni terjebak layan video2 tiktok.. Yezaa.. Mmg founder2 oem ni semua tunjuk kehidupan  ...


Padahal brand2 besar kita x kenal pon sape foundernya. Skrng br keluar produk gigih tempek muka ponder kat packaging produk. Nak bagi org kenal.
Quote sarah82 6-4-2021 01:03 PM
watymuchaz replied at 6-4-2021 01:01 PM
Padahal brand2 besar kita x kenal pon sape foundernya. Skrng br keluar produk gigih tempek muka  ...

Yap.. Ada seorg founder perempuan... Janda anak 2 tak salah aku.. Tapi body dia.. Fuhhh.. X salah aku jual produk shampoo rambut lebat.. Collab dgn apa tu yg rapper pemes skrg ni.
Quote Belibis 6-4-2021 01:05 PM
Homewrecker: Sape ni oooiii

Baca jer laa,bukan penting kenal atau tak.ha ha
Quote kaseh80 6-4-2021 01:10 PM
Nape nak show off kat soc media
Mcm niqobis juga ke
Quote pokokbunga 6-4-2021 01:10 PM
watymuchaz replied at 6-4-2021 12:40 PM
Skrng kalo jadik ponder kena dtg ngan pakej riak ke? Saje je tanya.. Sbb byk sangat plak keluar pond ...

Kannnnn... yg bini tayang bagi duit berkepuk2 masuk  dlm wallet suami pun aku nyampah tengok... klu ikhlas, xyah upload kat media sosial.. senyap2 sudahhhh.. riakkk
Quote watymuchaz 6-4-2021 01:12 PM
pokokbunga replied at 6-4-2021 01:10 PM
Kannnnn... yg bini tayang bagi duit berkepuk2 masuk  dlm wallet suami pun aku nyampah tengok... kl ...

Yang ni nama produk pon low class.
Quote ellejo 6-4-2021 01:15 PM
ada lembaga yg memerhati nanti
Quote kaka_tima 6-4-2021 01:15 PM
Low class ponder detected..nak tarik crowd ler tu.. pakai produk sampah sampai muka macam albino daa
Quote tompie 6-4-2021 01:18 PM
Ni semua penyakit hati.
Even kalau niat betul nak bersedekah dan nak menggembirakan hati orang tersayang pun bila dah tunjuk2 mcmni dah jadik lain.

Kita yang tak berapa nak kaya ni bawak keta ada jenama sikit pun kadang2 hati goyang.
Lagilah orang2 yang tuhan uji dengan kekayaan.
Mintak Allah pelihara kita dari penyakit2 hati ini.
Quote flipolivio 6-4-2021 01:51 PM
sarah82 replied at 6-4-2021 01:03 PM
Yap.. Ada seorg founder perempuan... Janda anak 2 tak salah aku.. Tapi body dia.. Fuhhh.. X salah  ...

siapa janda anak 2 ni?

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036807 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top