|
Walaupun sudah lebih 12 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Amar Baharin bersyukur kerana masih lagi menjadi pilihan pihak stesen televisyen dan syarikat produksi untuk memegang watak utama dalam naskhah mereka.
Menurut Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd Baharin, 36, jangka hayat seseorang pelakon bergantung sepenuhnya pada disiplin serta cara kerja yang ditunjukkan mereka. "Sekarang ini mungkin saya dah jadi pilihan ketiga atau keempat untuk produser dan pihak stesen TV pilih bagi membintangi drama terbitan mereka. "Saya tak rasa itu satu masalah... tidak mengapalah mungkin mereka nak beri peluang kepada pelakon BBNU yang fresh. Saya selalu percaya rezeki ada di mana-mana.
"Tawaran berlakon bukan bergantung pada status sama ada kita dah kahwin atau belum. Apa yang saya nampak sepanjang 12 tahun dalam bidang ini, attitude seseorang pelakon itu yang memainkan peranan penting untuk kelangsungan diri dalam industri hiburan," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.777084 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.